لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

maksudnya;
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

(Surah Al-Baqarah : 283)

Saturday, May 16, 2009

‘Tangan ghaib’ kuasai keputusan Mahkamah


SHAH ALAM - Pas mendak­wa keputusan Mah­kamah Rayuan semalam yang mem­benarkan permohonan Men­teri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menangguhkan kepu­tusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu dipengaruhi Bari­­san Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, keadaan itu sepatutnya tidak berlaku sekiranya Mahkamah Rayuan mengambil kira segala persoalan dan keresahan se­luruh rakyat Perak berhubung krisis politik negeri itu.
“Saya percaya kalau Mah­kamah Rayuan semalam me­lihat masalah-masalah ini selain berdasarkan undang-
undang, saya percaya bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak digantung.

“Jadi saya khuatir ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang menguasai keputusan Mah­ka­mah Rayuan semalam (kel­­marin),” katanya ketika di­hubungi Sinar Harian, semalam.

Mahfuz juga mendakwa BN terdesak memastikan Zambry sah sebagai Menteri Besar Perak agar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dilakukan di bawah kerajaan BN.

Menurutnya, kemelut politik di Perak telah sampai ke kemuncaknya di mana UMNO-BN sendiri merasakan tidak ada jalan lain bagi menyelesaikan kemelut itu selain mengadakan pilihan raya semula.

Beliau percaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyedari inilah masa terbaik mengeluarkan Institusi Raja yang tercalar akibat krisis tersebut dengan pembubaran DUN, tetapi ia dapat dikesan oleh BN sehingga terpaksa memohon menangguhkan pelaksanaan
keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

“Saya melihat BN tidak mahu pembubaran DUN itu berlaku di bawah Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak ada ‘kelebihan politik’ kepada BN sebab bila Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat perkenan Sultan Perak untuk bubar DUN, sudah tentulah kerajaan
sementaranya PR.

“Jadi BN melihat ini sebagai satu kerugian kepada mereka sebab itu saya khuatir keputusan Mahkamah Rayuan semalam (kelmarin) dipengaruhi oleh kepentingan politik BN yang memang sudah merasakan tiada jalan lain melainkan pembubaran DUN,” katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan semalam sambil menegaskan PR boleh bertoleransi
dengan keputusan itu sekiranya dibuat dengan menetapkan syarat-syarat tertentu.

“Antaranya walaupun Zambry kembali pada kedu­dukan Menteri Besar, be­liau tidak boleh buat keputusan sewenang-wenangnya seperti tidak boleh memohon membubarkan DUN dan tidak boleh memanggil sidang DUN kerana Mah­kamah Tinggi telah memutuskan beliau
bukan Menteri Besar.

“Beliau juga sepatutnya hanya boleh mem­penge­rusikan mesyuarat Exco dari sudut soal pentadbiran rutin harian kerajaan negeri tetapi tidak boleh meluluskan apa-apa projek yang memberikan implikasi kewangan dan perkara-perkara yang mem­beri kesan kepada masa depan negeri Perak,” kata­nya.

Mengenai kenyataan Per­dana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN mempunyai kes kuat untuk membuat rayuan, Mahfuz berkata, itu ter­pulang kepada BN kerana Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan seba­liknya.

Katanya, tindakan BN mahu melakukan rayuan berhubung keputusan Mah­kamah Tinggi itu juga sebenarnya tindakan yang terus mencemarkan nama baik Sultan Perak.

“Keputusan Mahkamah Tinggi itu bermakna Sul­tan Perak telah melakukan satu keputusan yang silap.
“Jadi kalau sekali lagi Mahkamah Rayuan kata keputusan Mahkamah Tinggi betul, maknanya Mah­kamah Rayuan juga mengatakan Sultan (Perak) buat silap, sekali lagi nama baik Sultan tercalar,” katanya.

sinar harian

0 comments:

Anwar Palu Gendang Perang menggempur Bagan Pinang.

Selepas Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kedudukannya dalam 8 dari 9 pilihanraya kecil pasca pru12 lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membunyikan gendang perang menandakan bermulanya kempen menggempur Bagan Pinang.