لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

maksudnya;
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

(Surah Al-Baqarah : 283)

Saturday, May 23, 2009

Sambutan Hari Guru PASTI Perak

YB Hj Anuar Sudin bergambar bersama Bendahari PASTI Perak Cikgu Rosli dan Pengerusi PASTI Kawasan Teluk Intan En Shamsuddin







Pemenang Pertandingan Memasak dan Gubahan






Tokoh Guru PASTI Perak


Tokoh Guru Cemerlang Kawasan Teluk Intan Puan Nor Asiah Binti Ahmad




Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PASTI








Puan Habsah Mabni sedang mendeklamasi sajak



Guru-guru PASTI Kawasan Teluk Intan YB Anuar dan Kepimpinan PASTI Perak


Tidak ada ulasan yang dapat saya buat kerana tidak dapat menghadirkan diri ke Majlis Sambutan hari Guru PASTI Peringkat Negeri Perak yang diadakan Di Dewan Perbandaran Teluk Intan kerana kurang sihat.

Hanya kamera yang sempat saya kirimkan untuk merakam detik-detik bersejarah bagi PASTI Teluk Intan yang telah berjaya menganjurkan sambutan yang cukup meriah ini.

Pada awalnya saya dimaklumkan sambutan Hari Guru ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Yang SAH Ir Nizar Jamaluddin, tapi al-maklumlah dalam keadaan sekarang ni, atas kekacauan dan hari-biru yang dibuat oleh MB Haram J*&%H tu tak dapatlah kita bersama dengan YAB Nizar.

Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong YB Anuar Sudin. Sebelum itu Usrah Perdana telah disampaikan oleh Ustaz Termizi Abdul Rahman.

Zambry Menang Tapi UMNO Sudah Mati

Dengan bangganya Zambry menerima keputusan makhamah cekelat HACK dengan dacing yang senget sebelah itu. Tapi di satu sudut dunia UMNO telah ditalkinkan oleh rakyat di sana.

Memang betul UMNO telah benar-benar mati di hati rakyat, cuma tinggal nyawa-nyawa ikan saja di hati para pengampu yang terpaksa berpaut pada ranting rapuh itu demi "survival" mereka. Kalau tidak mereka akan lingkup kerana hutang-hutang meraka yang bertimbun-timbun.

bacalah di sini:

Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet, termasuk di blog seorang pemimpin PKR dan laman web saluran video dalam talian yang rapat dengan parti itu.

Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

majlis talqin umno funeral prayer 200509Gambar tanpa tarikh itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk lokasi berlangsungnya upacara itu.

Semakan Malaysiakini mendapati foto itu asli dan tidak diubahsuai secara digital, seperti pertindihan imej.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Saharin, yang mendakwa menerima gambar tersebut melalui emel, berkata beliau difahamkan bahawa ia dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

"Menurut sumber, peristiwa ini berlaku di kawasan naib presiden Umno dari Sabah. Ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah," coretnya di blognya kelmarin.

Bagaimanapun Umno dan pihak pembangkang masing-masing menafikan terlibat menganjurkan majlis itu. Mereka malah tidak tahu-menahu langsung tentangnya.

Bendahari Umno Semporna, Datuk Madlan Alami yakin majlis talkin itu bukan protes daripada penyokong Umno sendiri.

"Saya yakin bukan orang Umno yang buat. (Orang Umno) kalaupun benar mereka tidak puas hati, mereka tidak akan buat macam itu," katanya kepada Malaysiakini.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohammad Abdullah dan ketua bahagian PKR Semporna, Abdul Wahab Ali pula mengakui terdapat rasa tidak puas hati penduduk Semporna berhubung status pemilikan tanah yang diusahakan mereka.

Dihubungi hari ini, Mohamad mendakwa tanah yang diusahakan penduduk sejak 1986 telah diambil alih semula oleh kerajaan negeri pada 1999.

Walaupun begitu, mereka tetap terus berusaha untuk mendapatkan hak mereka, tambahnya.

Katanya lagi, penduduk di beberapa bahagian parlimen di negeri itu juga tidak tidak berpuas hati pada kerajaan berhubung pemilikan tanah, termasuk di tempat tinggalnya di Tawau.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lengkap tentang bantahan terkini penduduk di tempat-tempat tertentu di negeri itu.

Usaha mendapatkan ulasan Mohd Shafie dalam satu sidang medianya di Kuala Lumpur semalam tidak berhasil apabila beliau enggan menjawab sebarang soalan berkaitan politik. Malaysiakini

Hari Guru PASTI Perak

Dua peristiwa penting yang akan berlaku di Teluk Intan ialah pertama Sambutan Hari Guru PASTI Perak pada 23hb Mei 2009 dan Konvensyen PAS Perak pada 24hb Mei 2009.

Sejak PAS wujud di Malaysia ni, rasanya inilah kali pertama peristiwa besar yang akan di sambut di Teluk Intan. Maka bersiap sedialah cikgu-cikgu PASTI TI bagi menjayakan majlis yang meriah ini. Dari menghias pentas, mengemas dewan sehinggalah membuat latihan persembahan bagi anak murid mereka. Mereka sibuk sekali.

Anak-anak kecil PASTI akan membuat berbagai-bagai persembahan pada majlis yang gilang gemilang ini yang menjurus kepada mendekati Tuhan, sebagaimana yang diajarkan di sekolah masing-masing.

Tidak ada lagu-lagu lompat sikatak lompat atau tarian-tarian kebudayaan yang sia-sia. Dan tidak ada juga sajak-sajak mencaci maki seperti yang dituduh oleh UBN. Tapi itulah tohmahan yang sering diterima oleh PASTI.

Walaupun berbagai tuduhan yang diterima oleh PASTI, tetapi ia tetap tumbuh dan subur di kalangan masyarakat. Malah ramai juga di kalangan ibubapa dari UBN yang menghantar anak-anak mereka ke PASTI dan mereka mengakui PASTI adalah satu institusi pendidikan yang terbaik.

Ini juga diakui oleh guru-guru dari sekolah kebangsaan yang mana mereka mengakui, murid-murid “keluaran” PASTI mudah diajar apabila masuk ke darjah satu kerana mereka telah pandai menulis dan membaca. Malahan mereka juga sudah boleh mengaji Quran dan menghafal doa-doa.

Cumanya atas kepentingan politik, pemimpin-pemimpin UBN sering memburuk-burukkan institusi yang sangat murni ini.

26-4-2009-9-10-55-pm_0013

26-4-2009-9-02-27-pm_0004

26-4-2009-9-08-21-pm_0001

Dulu saya dungu…..

Kini saya sudah tahu sesuatu

Hanya keranamu GURU yang mendidik saya tanpa jemu…

Moga ALLAH merahmatimu

Hari-hari dalam hidupmu.

TERIMA KASIH CIKGU

Dari,

Muaz & Mujahidah

Najib punca kemelut Perak!

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak pada 5 Februari lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sewaktu rampasan kuasa itu dilakukan, Najib merupakan Pengerusi Umno Perak yang mana pada waktu itu juga beliau masih Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan kecamukan serta kemelut politik yang berlaku hari ini di Perak berpunca daripada tindakan Najib .

Bagaimanapun Najib dalam kenyataannya pada 15 Mei lalu menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.

“Krisis perlembagaan di Perak berpunca apabila Najib sendiri mengenepikan undang-undang. Jika betul beliau mengatakan Barisan Nasional berhak berkuasa di Perak dan mempunyai majoriti, sidang Dun harus diadakan dan perkara tersebut harus dibawa ke dewan dan adakan undi tidak percaya.

“Namun beliau menyembunyikan tiga orang Adun tersebut. Sebab itu saya mengatakan Najib seorang yang rakus dan tamak. Beliau tidak boleh menafikan penyebab krisis di Perak kerana berlaku pengambilan kuasa di Perak yang dipilih oleh rakyat,”tegasnya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Jelas Ahmad, Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan tiga orang Adun yang telah keluar daripada Pakatan Rakyat yang berstatus sebagai Adun Bebas adalah Adun BN.

“Apabila diadakan undi tidak percaya di dalam dewan nanti, kita boleh tunjukkan surat janji ketiga-tiga mereka yang menyokong kerajaan campuran tiga parti ini dan menyokong Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar. Perjanjian ini secara bertulis. Dan sudah tentu ketiga-tiga mereka tidak berani mengangkat tangan menyokong pada pihak BN.

“Ini kerana jelas mereka akan mungkir janji kepada Sultan. Dan dengan sendiri mereka boleh dikaitkan menderhaka kepada Sultan. Jadi implikasinya banyak,” katanya.

Sehubungan itu beliau tetap berpendirian Najib yang memulakan serta punca kemelut yang berlaku di negeri Perak itu. - mks. _Harakahdaily

Macam mana deme boleh nohennn aje macam tak buat salah!!. Jatuhnya awak pulak yang salah.
Lempo bom sembunyi tangan!!!

Tidak wajar tuduhan tanpa bukti disebarkan - Nik Aziz

Ini satu lagi berita yang buat aku kecut perut membacanya. Tentang penyakit R>A>S>U>A>H>. Harap-harap berita ini tak beno dan tak betui. Kalau betui aku harap PAS, boleh laksanakan hukun Hudud pada siapa yang beri dan siapa yang terima.

Mula-mula kecik le, lama-lama jadi barah dan nanah macam dalam UBN, nak potong tangan pun dah tak boleh dah, dah hanchooo.. melainkan kuburkan je!

Perkara ini mesti diambik serius oleh pimpinan tertinggi, jangan bila dah jadi bubo baru nak ambik tindakan. Dah telambat!!

Sekarang ni le nak beghongkehkan benda-benda tu semua, sapa rasuah “panchong” teghoih. (Susah nak ngeja cakap Peghak ni!)

tok-gunu-nik-azizKOTA BHARU, 17 Mei (Hrkh) - Perwakilan PAS diharap tidak berkompromi dengan calon-calon yang dikatakan mengamalkan ‘politik wang’ pada pemilihan sempena muktamar PAS pada bulan depan.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita sekiranya benar ada pemimpin PAS yang cuba menyogok wang bagi mendapat kedudukan dalam parti.

“Sewajarnya orang sedemikian ditolak perwakilan bagi memastikan ia tidak wujud dalam PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Orang berpeluang menuduh kita sekiranya kita membiarkan diri melakukan sesuatu yang bercanggah,” katanya selepas meraikan bakal pendaki Gunung Everest, di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohamed Daud mendakwa ada calon yang akan bertanding pada muktamar PAS bulan depan difahamkan memberi saguhati kepada perwakilan.

Ketika ditanya berhubung tindakan yang perlu diambil sekiranya ada calon yang bakal bertanding turut mengamalkan politik wang beliau berkata, calon seperti itu hendaklah ditolak.

“Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini ‘beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS’ hendaklah terus dipraktikkan.

“Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu,” ujarnya.

Oleh itu beliau menasihatkan perwakilan PAS tidak membiarkan gejala seperti yang menimpa Umno sekarang menjangkiti PAS.

Beliau juga bersetuju tindakan perlu diambil terhadap orang yang membuat tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti yang kukuh.

Menurutnya setiap dakwaan mesti ada fakta kerana tuduhan tanpa bukti ia akan menggelirukan masyarakat.

“Seharusnya perkara seperti itu tidak didedahkan kepada masyarakat, sebaliknya masih ada lagi jalan untuk diselesaikan sekiranya ia benar-benar berlaku.

“Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur apabila Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding biar pun sebelum ini media sering membuat spekulasi jawatan itu akan ditandingi.

Kata beliau biar pun media sering memperbesarkan isu pengganti presiden, namun sebagai sebuah gerakan Islam pemimpin yang berkemampuan wajar dikekalkan.

“Selagi beliau masih sihat, Insya-Allah amat wajar Ustaz Hadi terus menerajui kepimpinan parti. Ini ketokohan beliau diakui di seluruh dunia apabila sering dijemput hadir menyampaikan ucapan.

“Sememangnya payah hendak dicari pemimpin macam itu. Kalau ada yang silap sedikit sebanyak, kita pakat tegur. Saya pun begitu juga, ada salah boleh tegur, saya sangat suka orang tegur saya, tetapi teguran biarlah berfakta,” katanya.

Beliau juga memberitahu ada PAS kawasan mencalonkannya bertanding jawatan presiden, namun beliau menolak cadangan itu.

Katanya beliau sudah serik dengan pengalaman ketika menandingi jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS pada tahun 1960-an iaitu menentang Haji Husin Rahimi.

“Saya terkilan sampai ke hari ini kenapa melawannya pada waktu itu. Sebab itulah sampai sekarang saya telah serik untuk bertanding merebut apa-apa jawatan,” ujarnya. - mj _Salmah Mat Husin/Harakahdaily

Sambutan Hari Guru Kebangsaan PASTI Di Tawau Sabah


tawau-airport

Cikgu-cikgu dari Teluk Intan

Cikgu Su, Kak Midah, Kak Sis, Kak Bada dan Kak Habsah

guru-pasti-perak

Guru-Guru PASTI Perak

bendahari-pasti-perak

Bendahari PASTI Negeri Perak Darul Ridzuan

calon-calonnya

Calon-calon Tokoh Guru PASTI 2009

tokoh-guru-pasti-2009

Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2009

Puan Faridah Dawam

Dari Kampung Gajah, Perak

penerima-anugerah

Penerima Anugerah Semperna Sambutan Hari Guru PASTI

persembagan-nasyid

Persembahan Nasyid Dari anak-anak PASTI Sabah

sajak

Sajak Dari Cikgu Untuk Cikgu

yb-dato-mahfuz-omar

Dato Mahfuz Omar Antara Pemimpin Yang Hadir

senyum-simpoi

Guru-guru PASTI

cikgu-hamidah-dan-cikgu-thuraiya

Cikgu Hamidah Dan Cikgu Thuraiya Dari Teluk Intan Perak

puan-khairiyah

Orang Kuat PASTI Se-Malaysia

bergambar-bersama-en-salleh

Bergambar bersama En Salleh (kanan sekali)

Beliau sentiasa mengikuti perkembangan politik Perak

Dengar ceritanya taukeh Chalet di Tawau, siapa-siapa yang nak ke Tawau bolehlah cari En Salleh

hidangan-orang-tawau

Emmm…. lazatnya hidangan orang Tawau!!

senja-di-tawau

Pemandangan Tawau di waktu senja dari Hotel Emas tempat penginapan dan berlangsungnya

Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Kebangsaan 2009


Hari ini dah tiga hari isteri aku di Sabah, menyambut hari guru di sana. Dengar berita sambutan hari guru bagi PASTI diadakan di hotel Emas, Tawau Sabah.

Begitulah berkembangnya PASTI kalau dulu asyik kat Taman Melewar KL. Apa-apa pun di situlah. Tapi sekarang ni dah boleh buat di hotel dan tak terikat dengan Taman Melewar.

Tentulah seronok bagi sesiapa yang dapat join perayaan hari guru kami ni. Apa taknya, bagi yang tak pernah naik kapalterbang, merasalah jugak.

Nampak macam guru-guru PASTI dah mewah, boleh naik kapalterbang ke Sabah, sambut hari guru di hotel pulak tu. Tapi mana orang tahu, di mana guru-guru PASTI ni dapat duit, gaji deme bukannya beso Yang aku tahu abis tinggi pun RM300, kalau kat KL ada le yang dapat RM600.

Ada yang gajinya RM50 sebulan jeeeeeeeee!!…. (bagi yang kaya-raya tu tolonglah derma sikit, Allahtaala dah bagi rezeki melempah-lempah kat kita, tolonglah Islam sikit.)

Balik pada pasal belanja pergi Sabah, sejak 6 bulan sebelum tarikh 15-05-09 aku tengok isteri aku ni “ngelopo” kata orang perak, ke sana ke sini bawak surat mintak derma, untuk tambang dan belanja sepanjang di Sabah.

Aku dengar dia sembang dengan “bos” dia kak Sis, kulit muka rasa tebal sedepa!!! Tapi kerana nak menjayakan misi dan visi PASTI, terpaksa dilakukan juga.

Aku selalu ingatkan dia, buat apa-apa pun mesti niat kerana Allah, pasti ada ganjaran dari Allah, mudah-mudahan Allah tutupkan malu yang sedepa tu dengan pahala yang berdepa-depa.

Alhamdulillah, ramai juga Dr, tukang emas, ustaz, taukeh-taukeh melayu yang bersimpati dengan masalah kewangan guru-guru PASTI ni, dan menghulurkan derma, hingga cukuplah buat belanja mereka ke sabah.

Bagi kita yang melihat dari “luar”, tak nampak daya usaha guru-guru PASTI yang gigih ni. Yang ditahunya hanya komplen dan kondem dan tak ada langsung keinsafan dalam diri nak membantu.

Rasa bangga dan seronoklah guru-guru PASTI Perak sebab tokoh guru kali ini dari Perak, orang Kampung Gajah.

Maklumatnya aku kopi dan pes dari blog UmmiAnni

Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2009

Puan Faridah Dawam
Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah Perak
Terlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM
mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut denagn PASTI

beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI…pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma’ahad Al-Islah Sungai Lampam(Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggala didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku.

Dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti

Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuanagan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.


Thursday, May 21, 2009

Pemilihan Pemuda PAS: Nik Abduh sedia tarik diri


Anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz bersedia menarik diri daripada perebutan jawatan timbalan dan naib ketua Dewan Pemuda sekiranya calon pilihannya - Azman Shapawi Abd Rani dan Ahmad Sabki Yusof - turut bertanding.

Anak Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, yang sebelum ini tewas dalam pemilihan ketua Pemuda PAS Kelantan, berpendapat bahawa Azman Shapawi dan Ahmad Sabki merupakan gandingan terbaik untuk menerajui dewan itu.

Setelah pencalonan ditutup minggu lalu, jawatan ketua Dewan Pemuda PAS bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara penyandangnya, Nasrudin Hassan dan bendaharinya, Zaki Ibrahim.

Manakala lima orang masing-masing dicalonkan bertanding jawatan timbalan ketua dan naib ketua, termasuk Nik Abduh, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi.

"Nasarudin, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi adalah terbaik untuk mengisi tiga jawatan tersebut.

"Saya tidak akan bertanding jika mereka setuju (bertanding). Dan itulah harapan semua, insya-Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Jawatan (nombor) satu, dua dan tiga itu itu sesuai untuk mereka bertiga," tambahnya.

Sedia berkompromi

Exco Pemuda PAS, Musoddak Ahmad turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan ketua. Manakala seorang lagi exco Pemuda PAS, Firdaus Jaafar dan ketua Penerangan, Suhaizat Kaiat pula turut dicalonkan bagi jawatan naib ketua.

Mengulas lanjut tentang pemilihan jawatan kanan dalam Dewan Pemuda PAS kali ini, Nik Abduh berkata, sama ada Azman Shapawi atau Ahmad Sabki, kedua-dua mereka sesuai sebagai gandingan Nasruddin.

Nik Abduh juga berharap pemilihan jawatan tertinggi dalam dewan itu dapat diselesaikan secara dalaman melalui mesyuarat atau kaedah syura.

Sebelum ini, Nasruddin yang mendapat pencalonan terbanyak bagi jawatan ketua Pemuda telah menyatakan kesediaanya berkompromi bagi jawatan tersebut.

Jawatan itu kosong selepas penyandangnya Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub tidak mempertahankannya.

Manakala Zaki pula bersedia berbincang mengenai cadangan setelah mendapat pandangan rakan-rakan terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang keputusan.

ISTIADAT PERTABALAN JIN (TABAL JIN)



TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.
Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasa
nya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkerajan.. ..) Asal Artikel

Fikir-fikirkanlah dengan siapakah anda meletakkan daulat sebenarnya. Apakah kepada Yang Maha Berdaulat....?


Wednesday, May 20, 2009

Keputusan Dun tidak boleh dipersoal dalam Mahkamah


SHAH ALAM, 20 Mei (Hrkh) - Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor (JKHK) menggantung perkhidmatan serta elaun dan keistemewaan Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo selama setahun tidak boleh dipersoalkan di mana-mana Mahkamah kerana itu adalah peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan keputusan tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi JKHK, Teng Chang Khim dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat di bangunan Annex, SUK, Shah Alam 19 Mei lalu.
Beliau menegaskan, mengikut fasa 72 Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa urusan dalam sidang Dun tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Chang Khim yang juga Speaker Dun berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khir yang akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Jawatankuasa tidak menghalang mana-mana orang termasuk Adun untuk membuat teguran terhadap Jawatankuasa atau Dewan, tetapi hendaklah mematuhi batasan," jelasnya.
Tambah beliau, mengutuk Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Dun sebagai alat politik untuk pihak tertentu adalah melampaui batas.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dan Adun Rawang Gan Pei Nei, beliau berkata Jawatankuasa yang ditubuhkan Dewan itu bukan terdiri daripada satu parti sahaja tetapi Adun daripada pembangkang turut menyertainya.

"Setiap Jawatankuasa untuk sepenggal Dun mempunyai 1/3 daripada Adun pembangkang (BN). Jadi tidak munasabah Jawatankuasa yang ditubuhkan Dewan itu berat sebelah," tegasnya.
Dalam mesyuarat JKHK Teng Chang Khim sebagai pengerusi telah mencadangkan Khir Toyo digantung menghadiri persidangan Dun dan segala kemudahan serta elaun digantung selama setahun.

Hukuman tersebut dijalankan ekoran keengganan Khir menghadiri sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) Mac lalu.

Adun Sungai Panjang (Khir) didapati bersalah terhadap tiga lagi tuduhan iaitu mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar mengutuk integriti Jawatankuasa Selcat dan menuduh sebagai alat politik untuk memburukkan dirinya.

Selcat ditubuhkan dengan kuasa Dun bagi membolehkan pendengaran awam dijalankan berhubung penggunaan wang yang disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada Mac lalu.

Menurut Chang Khim, cadangan keputusan tersebut akan dibahaskan setelah dibawa usul dalam sidang Dun pada Julai nanti.

Katanya, Khir boleh mengambil bahagian dalam perbahasan dan sekiranya beliau dan mana-mana Adun dapat menyakinkan Dewan supaya tidak menerima usul tersebut.
Sebagai Pengerusi beliau tidak mengambil bahagian dalam memutuskan mana-mana ahli yang dituduh itu bersalah atau tidak bersalah kerana dalam peruntukkan Peraturan Tetap Pengerusi tidak boleh mengambil bahagian dalam memutuskan hukuman.

Ditanya adakah keputusan itu kerana berdendam, katanya; "Soal dendam tidak wujud langsung, tidak ada dendam kita kena kerja cara profesional." _ Harakahdaily

Saturday, May 16, 2009

‘Tangan ghaib’ kuasai keputusan Mahkamah


SHAH ALAM - Pas mendak­wa keputusan Mah­kamah Rayuan semalam yang mem­benarkan permohonan Men­teri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menangguhkan kepu­tusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu dipengaruhi Bari­­san Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, keadaan itu sepatutnya tidak berlaku sekiranya Mahkamah Rayuan mengambil kira segala persoalan dan keresahan se­luruh rakyat Perak berhubung krisis politik negeri itu.
“Saya percaya kalau Mah­kamah Rayuan semalam me­lihat masalah-masalah ini selain berdasarkan undang-
undang, saya percaya bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak digantung.

“Jadi saya khuatir ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang menguasai keputusan Mah­ka­mah Rayuan semalam (kel­­marin),” katanya ketika di­hubungi Sinar Harian, semalam.

Mahfuz juga mendakwa BN terdesak memastikan Zambry sah sebagai Menteri Besar Perak agar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dilakukan di bawah kerajaan BN.

Menurutnya, kemelut politik di Perak telah sampai ke kemuncaknya di mana UMNO-BN sendiri merasakan tidak ada jalan lain bagi menyelesaikan kemelut itu selain mengadakan pilihan raya semula.

Beliau percaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyedari inilah masa terbaik mengeluarkan Institusi Raja yang tercalar akibat krisis tersebut dengan pembubaran DUN, tetapi ia dapat dikesan oleh BN sehingga terpaksa memohon menangguhkan pelaksanaan
keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

“Saya melihat BN tidak mahu pembubaran DUN itu berlaku di bawah Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak ada ‘kelebihan politik’ kepada BN sebab bila Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat perkenan Sultan Perak untuk bubar DUN, sudah tentulah kerajaan
sementaranya PR.

“Jadi BN melihat ini sebagai satu kerugian kepada mereka sebab itu saya khuatir keputusan Mahkamah Rayuan semalam (kelmarin) dipengaruhi oleh kepentingan politik BN yang memang sudah merasakan tiada jalan lain melainkan pembubaran DUN,” katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan semalam sambil menegaskan PR boleh bertoleransi
dengan keputusan itu sekiranya dibuat dengan menetapkan syarat-syarat tertentu.

“Antaranya walaupun Zambry kembali pada kedu­dukan Menteri Besar, be­liau tidak boleh buat keputusan sewenang-wenangnya seperti tidak boleh memohon membubarkan DUN dan tidak boleh memanggil sidang DUN kerana Mah­kamah Tinggi telah memutuskan beliau
bukan Menteri Besar.

“Beliau juga sepatutnya hanya boleh mem­penge­rusikan mesyuarat Exco dari sudut soal pentadbiran rutin harian kerajaan negeri tetapi tidak boleh meluluskan apa-apa projek yang memberikan implikasi kewangan dan perkara-perkara yang mem­beri kesan kepada masa depan negeri Perak,” kata­nya.

Mengenai kenyataan Per­dana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN mempunyai kes kuat untuk membuat rayuan, Mahfuz berkata, itu ter­pulang kepada BN kerana Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan seba­liknya.

Katanya, tindakan BN mahu melakukan rayuan berhubung keputusan Mah­kamah Tinggi itu juga sebenarnya tindakan yang terus mencemarkan nama baik Sultan Perak.

“Keputusan Mahkamah Tinggi itu bermakna Sul­tan Perak telah melakukan satu keputusan yang silap.
“Jadi kalau sekali lagi Mahkamah Rayuan kata keputusan Mahkamah Tinggi betul, maknanya Mah­kamah Rayuan juga mengatakan Sultan (Perak) buat silap, sekali lagi nama baik Sultan tercalar,” katanya.

sinar harian

Anwar Palu Gendang Perang menggempur Bagan Pinang.

Selepas Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kedudukannya dalam 8 dari 9 pilihanraya kecil pasca pru12 lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membunyikan gendang perang menandakan bermulanya kempen menggempur Bagan Pinang.