لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

maksudnya;
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

(Surah Al-Baqarah : 283)

Saturday, September 19, 2009

Dari Shah Alam Ke Kulim


Respon Buat YB Zol Nordin

Baru kini saya berkesempatan membaca tulisan YB Zul Nordin berhubung isu pemindahan kuil Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang juga telah dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia. Saya dapati tulisan dan anlisa beliau terhadap isu ini begitu lemah dan tidak profesional sama sekali. Sebagai seorang peguam dan Ahli Parlimen, beliau sepatutnya lebih teliti dan bertanggung jawab dalam tulisan beliau. Faktanya kesemuanya tidak tepat dan tuduhan yang dilemparkan tidak berasas. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan kekeliruan, adalah wajar bagi saya menjelaskan isu sebenar untuk makluman beliau dan mereka yang bersependapat dengan beliau.


Pada mulanya YB Zul menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan tindakan ‘demonstrasi kepala lembu’. Beliau secara jelas menyatakan ianya “tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al-Quran”. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan kelakuan liar segelintir yang hadir sesi dialog dengan MB, yang katanya “seperti dirasuk syaitan kehaiwanan, mengugut dan memaki hamun”.

Pada awalnya tulisan beliau kelihatan waras dan wajar.

Namun apabila terus membaca tulisannya, didapati beliau membela mereka dan menyalahkan pula kerajaan Negeri Selangor yang katanya ‘menceroboh’ tanah di Seksyen 23. Ummat Islam dikatakan sebagai ummat yang ditindas di bumi sendiri. Akhirnya amat jelas pendirian beliau adalah menyebelahi pihak segelintir penduduk tersebut dan sokongan beliau terhadap tindakan mereka sebenarnya mendedahkan pendekatan beliau sendiri terhadap orang bukan Islam.

Adakah Ahli PAS Terlibat?
Sebelum mengupas tulisan beliau dalam soal ini dan mendedahkan kesilapan dan prejudis beliau sendiri, biarlah saya nyatakan di sini bahawa dakwaan kononnya ada seorang ahli PKR dan 4 ahli PAS yang terlibat di dalam demo tersebut hanya merupakan dakwaan semata-mata. Hingga ke hari ini tiada apa-apa bukti dikemukakan. Saya telah mencabar Hishamuddin untuk mengemukakan bukti dan sekiranya benar saya akan mendesak PAS supaya memecat mereka. Ini adalah kerana tindakan mereka seperti yang ditegaskan oleh YB Zul adalah “tidak dihalalkan dan ditegah oleh Al-Quran”.

Namun hingga ke hari ini, tiada apa-apa yang dikemukakan sebagai bukti. Amat pelik apabila YB Zul menzahirkan keyakinan dengan begitu padu terhadap laporan akhbar yang dikuasai BN.

Begitu juga dengan kenyataan YB Zul “ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah”. Bunyi betul-betul macam UMNO yang sedang gilakan perpaduan dengan PAS. Betul ke tiada perbezaan ‘akidah’ di antara PAS, UMNO dan PKR? Yang berbeza hanya wadah? Kalau begitu patutlah ada yang meminta kita bersatu supaya perbezaan itu selesai kerana yang berbeza hanya wadah. Nampak gaya selama ini YB Zul sendiri tidak faham mengapa PAS menentang UMNO dan mengapa PAS wujud sebagai PAS, tidak bersatu dengan UMNO.

Sebenarnya yang sama adalah semuanya Melayu, walaupun ada yang macam mamak atau yang macam cina. Mungkin bagi YB Zul, Melayu adalah akidah.

Hakikatnya isu ini didalangi UMNO. Pemimpin UMNO (Noh Omar) turun menghasut segelintir penduduk ahli UMNO tegar, penyokong Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, untuk bertindak menentang cadangan kerajaan walaupun belum lagi mendengar cadangan tersebut. Pemimpin UMNO juga (Hishamuddin) yang membela pendemonstrasi selepas demonstrasi berkenaan seperti yang sedang dilakukan YB Zul. Jangan nak libatkan PAS atau PKR. Usaha nak kaitkan PAS adalah taktik kotor UMNO.

Apa Arahan Kerajaan Selangor?
Menurut YB Zul, kerajaan Negeri Selangor keluarkan arahan “bina ‘kuil besar’ di Seksyen 23 di kawasan kediaman ummat Islam”. Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat beliau tetapi seperti biasa YB Zul cakap tanpa selidik. Hanya nak sensasi sahaja.

Kerajaan Selangor hanya mencadangkan tapak baru bagi kuil yang sediada di Seksyen 19. Bukan kuil baru. Kerajaan Selangor BN dulu cadangkan kuil tersebut dipindahkan ke Seksyen 18 (6 ekar untuk 7 kuil) pada awalnya dan seterusnya ke Seksyen 22 (1 ekar untuk kuil itu sahaja). Kami mencadangkan ia dipindahkan ke Seksyen 23, dalam kawasan Industri, bukan di kawasan kediaman ummat Islam. Rumah terdekat terletak 200 meter dari tapak cadangan tersebut. Luas tanah untuk kuil adalah ¼ ekar dan ¼ ekar lagi untuk tempat letak kereta.

Dari maklumat di atas, pemindahan kuil itu tidak merupakan isu dan diusahakan sejak zaman BN lagi. Namun mereka gagal. Oleh itu, mereka kuathir kita berjaya!

Persoalannya adakah benar kerajaan arah ‘bina kuil besar’ di ‘kawasan kediaman ummat Islam’? Jelas tidak benar. Istilah ‘bina’, ‘kuil besar’ dan ‘kawasan kediaman ummat Islam’ semuanya istilah yang digunakan UMNO untuk mengelirukan ummat Islam dan menaikkan semangat kebencian mereka. YB Zul seolah-olah terpengaruh propaganda UMNO! Bukan sekadar itu, sanggup pula memanjangkannya!

Hakikatnya, kerajaan tidak ‘bina’, tiada ‘kuil besar’ dan bukan juga di ‘kawasan kediaman ummat Islam’. Ia di kawasan industri.

Benarkah ‘Wakil Hindu’ Menghina Azan?
Pertama, tiada ‘wakil Hindu’ sepertimana juga tiada ‘wakil Islam’. YB Zul mungkin menganggap kumpulan liar mewakili Islam, saya tidak. Mereka didalangi UMNO. Mungkin YB Zul anggap UMNO mewakili Islam. Saya tidak.

Yang hadir adalah penduduk. Seorang penduduk yang beragama Hindu menyebut, “kami tiada masalah dengan azan 5 kali sehari...” Mendengar itu kumpulan liar terus bertindak liar. Mungkin malu sendiri dengan sikap ekstrim mereka berbanding toleransi orang Hindu maka ingin menenggelamkan suara penduduk Hindu tersebut.

Dalam kes ini saya tidak nampak penduduk Hindu berkenaan menghina azan. Yang saya nampak adalah kumpulan liar menghina Islam dengan mendakwa tindakan liar mereka adalah atas nama Islam. YB Zul jangan menyokong atas dasar ‘asobiyyah’. Kerana satu pihak Hindu dan satu pihak lagi Melayu, maka kita sokong Melayu walaupun tindakan mereka bercanggah dengan Al-Quran.

Atas semangat yang sama YB Zul bertanyakan kisah Jeff Ooi dan Majlis Peguam. Saya rasa isu Jeff Ooi sudah selesai. Beliau sudah pun menarik kembali kenyataan beliau. Ini membuktikan bahawa untuk membetulkan salah faham dan salah tanggap tidak perlu kita bertindak seperti samseng. Jelaskan secara hikmah. Bila kita bertindak sebegitu kita rasa kita ‘teror’ tetapi orang nampak kita bodoh dan lemah akal. Tidak mampu berhujjah. Hanya mampu mengugut dan bertindak kasar.

Setelah dijelaskan Jeff Ooi menyedari kesilapan beliau dan menarik semula kenyataannya. Tanpa ugutan. Tanpa kesamsengan. Begitu juga perlu kita usahakan dengan Majlis Peguam. Kita faham bahawa mereka dipengaruhi fahaman kebaratan. Macam UMNO juga.Tetapi UMNO kononnya parti orang Islam. Majlis Peguam tidak. Nilai-nilai mereka dipengaruhi nilai-nilai dominan tamaddun Barat. Persepsi mereka terhadap undang-undang syariah agak meleset hasil kekeliruan yang tersebar luas oleh UMNO. Kita perlu berhujjah membetulkan fahaman mereka dan ini yang sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin. Seperti tersiar dalam Harakah di mana pimpinan menjelaskan isu Kartika dari sudut pandangan Islam. Kewajaran dan falsafah hukum Syariah. Bezanya hukum sebat syariah dan sebat sivil. Dan sebagainya. Tidak perlu samseng. Tidak perlu ugut. Inilah dakwah. Ini yang saya rasa YB Zul tidak faham. Adakah yang beliau faham dakwah tu samseng, ugut. Naik berang dan naik marah bila orang bukan Islam mempersoalkan keadilan undang-undang Islam. Tunjuk ‘act’?

Tetapi Al-Quran ada menyebut “Seru kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat serta contoh yang baik dan berhujjah dengan mereka dengan cara yang terbaik…” Tiada sebut kaedah samseng, tiada juga kaedah ugut. Terangkan sahaja dengan tenang, dengan hujjah dan anggap keadaan ini sebagai peluang untuk memberi penjelasan mengenai Islam. Peluang untuk berdakwah bukan alasan untuk naik berang.

Biasanya orang tunjuk samseng kerana tidak mampu berhujjah. Pelik juga, ada juga peguam yang tidak mampu berhujjah ke?

Memutarbelit Al-Quran
YB Zul menuduh sayalah tu, maka tidak perlulah berlapik dengan mengatakan Pak Janggut memutarbelitkan Al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Pertama, kita tidak bina kuil. Kita hanya beri tapak. Ganti tapak lama yang akan diambil alih PKNS. Kedua, bukan kuil tambahan tetapi kuil lama yang hendak dipindahkan. Ketiga, ayat mana yang diputarbelit dan bagaimana tidak dijelaskan. Kebiasaannya cara UMNO, buat tuduhan tapi tidak ada fakta. Janganlah ikut cara mereka.

Sebagai ummat Islam, Al-Quran adalah rujukan kepada semua persoalan. Walaupun berhubung isu kuil. Dalam soal ini saya harap YB Zul setuju. Kecuali beliau ingin merujuk ‘Mein Kempf’ pula apabila menguruskan persoalan kuil!

Saya sebut Al-Quran menuntut ummat Islam bertindak adil terhadap semua, termasuk yang bukan Islam. YB Zul setuju tetapi beliau menyatakan kita hanya adil terhadap kebajikan mereka. “Dalam soal ketuhanan”, kata beliau lagi, “tidak timbul keadilan”. Ada sesiapa yang faham kenyataan beliau ini? Saya tidak faham. Adakah dimaksudkan dalam soal ketuhanan Islam meminta kita bertindak zalim? Kerana lawan adil adalah zalim. Jika itulah yang dimaksudkan maka saya tidak setuju kerana Islam adil dalam semua aspek.

Beliau terus menyebut pula, “kita memelihara tempat ibadat mereka, bukan mewujudkan yang baru dicelah kediaman kita”. YB Zul tidak tahukah, yang terletak di ‘celah kediaman’ orang Islam ialah yang di Seksyen 19. Itulah antara sebabnya kita cuba pindahkan dan dicadangkan ke Seksyen 23, yang berjauhan dari kawasan kediaman. Dan ianya bukan soal bina kuil baru. Ianya soal pemindahan. Haai... kalau tidak tahu jangan cakaplah.

Walaubagaimanapun saya setuju dengan YB Zul dalam satu hal. Sepatutnya kita “memelihara tempat ibadat mereka” dengan mengambil kira wujudnya kuil berkenaan di situ semasa kawasan perumahan dibangunkan. Ini tidak. Dibina rumah keliling kuil seolah-olah kuil tersebut tiada, dijualnya pula tanpa menyatakan wujudnya kuil tersebut dan sekarang apabila timbul masalah dengan penduduk sekeliling, terpaksa pula kita pindahkan.

Satu lagi dakwaan yang ditimbulkan oleh YB Zul ialah haramnya pembinaan kuil baru. Adakah benar ianya haram dan ditegah sama sekali oleh Islam? Walaupun penduduk semakin ramai, yang Islam dan bukan Islam, adakah benar pembinaan kuil, gereja serta tok kong baru ditegah? Yang boleh dibina hanya Masjid dan Surau untuk menampung pertambahan penduduk? Kalau benarlah dakwaan YB Zul, maknanya setiap perumahan baru, bandar baru, tidak kira ada berapa ramai penduduk bukan Islam, tidak boleh dibina tempat ibadat untuk mereka.

Hmmm, ulama’ mana pula rujukan beliau. Saya tahu Islam tidak sesempit itu. Saya syorkan beliau buat rujukan betul-betul, jangan main buat hukum ikut perasaan dan emosi beliau. Islam ini agama Allah, bukan agama rekaan manusia yang berhati sempit.

Ulama zaman dahulu telah banyak berbincang berhubung persoalan pembinaan tempat ibadah orang bukan Islam. Di mana boleh, di mana tidak boleh. Kalau di kawasan orang Islam ramai bagaimana. Apa syarat-syaaratnya dan sebagainya. Bukan buat hukum borong seperti orang yang jahil.

Statistik Kuil dan Masjid
Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran statistik YB Zul. Yang saya tahu statistik di Shah Alam, Seksyen 1 hingga seksyen 24. Kuil yang berdaftar hanya 10. Tiga darinya duduk atas tapak yang siap diwarta sebagai ‘tapak kuil’ dan tujuh yang lain, termasuk yang di Seksyen 19, akan dipindahkan ke tapak yang lebih sesuai yang akan diwartakan sebagai tapak kuil. Atau, jika tiada masalah mungkin tapak sediada terus diwartakan sebagai tapak kuil dan kuil kekal di situ setelah mengambil kira berbagai factor. Tetapi untuk Seksyen 19 tidak sesuai.

Masjid dan Surau, tidak termasuk surau di pejabat-pejabat, kompleks beli belah, kawasan R&R, stesyen minyak dan sebagainya, di Shah Alam sahaja ada 106. Statistik YB Zul hanya menceritakan Masjid sedangkan surau-surau pun banyak dan perlu juga diambil kira untuk memberi gambaran yang lebih tepat. Inilah masalah apabila ambil statistik bersumberkan UMNO. UMNO ini jahat. Semuanya ada udang sebalik batu. Termasuklah statistiknya.

Sekarang soalnya Shah Alam. Kalau di tempat lain terlalu banyak kuil, tangani ditempat berkenaan. Maka tidak perlu babitkan Shah Alam. Di Shah Alam kuil hanya 10 dan untuk Seksyen 19, 20 dan 23 hanya ada satu untuk penduduk beragama Hindu yang seramai 3,000 lebih. Tidakkah adil mereka dibenarkan sebuah kuil? Atau adakah dalam soal ini ‘kezaliman’ dituntut oleh Islam mengikut pandangan YB Zul?

Soal Hak Penduduk Seksyen 23
YB Zul menyatakan penduduk tidak diberikan hak. Hairan saya. Bukankah diadakan majlis dialog untuk mendengar pandangan penduduk?

Masalahnya sebelum majlis dialog itu diadakan segelintir dari mereka telah bertindak kerana adanya agenda politik. Kalau tiada agenda politik, tiada sebab mereka perlu bertindak sedemikian rupa. Mereka telah diberitahu majlis itu akan diadakan mengikut prosesnya. Tunggu sahajalah. Tetapi tidak. Heret kepala lembulah.....lepas itu bila dunia kecam tindakan mereka sebagai melampau, salahkan kerajaan Negeri! Yang kamu buat kerja seperti itu siapa suruh?

Bila diadakan majlis dialog pula, tunjuk perangai. Tuduh orang tidak mahu dengar tetapi akhirnya dunia tahu siapa yang tidak mahu dengar. Geng samseng UMNO sememangnya tidak boleh dibawa berbincang. Takde class.

Soal Surah Al-Baqarah dan Ibadah Korban
Dari mana pula datangnya ide YB Zul untuk mengharamkan bacaan Surah Al-Baqarah? YB Zul baca Surah Al-Baqarah dengan niat nak menghina lembu dan agama Hindu ke? Surah Al-Baqarah tiada kena mengena dengan tindakan menghina lembu atau agama Hindu. Orang Islam baca Surah Al-Baqarah untuk mendapat petunjuk dalam soal mentadbir diri, masyarakat, negara dan dunia mengikut kehendak Allah. Ada disuruh menghina lembu atau agama lain dalam Surah Al-Baqarah ke?

Begitu juga soal korban. Apabila lembu disembelih, adakah YB Zul meniatkan untuk hina lembu dan agama Hindu? Kalau Ya, maka adalah haram memakan daging lembu yang disembelih dengan niat sebegitu. Niat korban hanya untuk Allah, untuk mencari keredaanNya. Disebut nama Allah yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim, bukannya “cis Hindu aku bunuh lembu”. Perbezaan ketara bagi yang pertama dipenuhi perasaan rendah diri dan kelembutan, mengharapkan keampunan Illahi. Yang satu lagi dipenuhi kebencian.
Kasihan orang yang menganggap dirinya pembela agama Allah,
Walhal sebenarnya merupakan penghalang kepadanya.
Menjatuhkan imej Islam dengan setiap perkataan
Yang ditutur kononnya untuk membelanya.
Mana mungkin menjadi pembela Islam sedangkan hati dipenuh prejudis!
Melihat manusia mad’unya tanpa perasaan kasihan belas.
Sebaliknya kebencian yang teramat,
sehingga kezaliman dilihat sebagai keadilan,
penindasan pula sebagai pertolongan...

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Friday, September 18, 2009

Tolong Olang Talak Otak


Gambar ni saya copy dari sini. Mungkin orang-orang ni nak beli tiket bas kot? atau nak tukar duit raya atau tengah tunggu "KUPON JABATAN KEBAJIKAN".

Tapi takkanlah semat macam tu, siap dengan sampin pun dapat bantuan kebajikan kot.....

Agaknye inilah yang dimaksudkan dengan Islam Had Hari suatu masa dahulu dan sekarang ni dak tukar pulak 1Malaysia.

Ini hanya satu dari beribu-ribu kes. Kalau kita rajin buat survey dah tentu berlambak-lambak kita jumpa orang yang sangat-sangat memerlukan pertolongan ni.

Bukan Tolong Olang Talak Otak, tapi pertolongan membetulkan aqidah dan pegangan agama yang betul bukan yang separuh-separuh seperti abang mat yang bersampin tu.


Monday, September 14, 2009

Mirzan dilantik ahli lembaga pengarah Arak


KUALA LUMPUR, 13 Sept: Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.

"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.

Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.

Menurut Mirzan dalam suratnya itu, syarikat itu sedang berubah haluan ke infrastruktor, kemudahan awam dan tenaga yang diperlukan oleh negara Filipina.

Dengan apa yang dilakukan oleh Mirzan, ia lebih besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini.

ImageNamun Mirzan, anak sulong Dr Mahathir ini dalam suratnya menolak perkara itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat," kata Mirzan.

Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam.

Satu peraturan baru sedang dirangka untuk mengawalnya kerana beer tidak memerlukan sebarang lesen untuk dijual. Yang dikawal oleh undang-undang yang ada hanya liqour sahaja.

Usaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam.

Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai.

Mereka kemudiannya menghabiskan masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral lagi. _Harakahdaily

Sunday, September 13, 2009

Lagi Remaja Hilang


"PULANGLAH, KAMI AMAT MERINDUIMU"

Blog kedaikopitepimasjid memohon para pembaca sekiranya mempunyai sebarang info tentang gadis diatas agar segera menghubungi bapanya. Kehilangan anak gadis mereka sejak 21 Ogos yang lalu meresahkan seisi keluarga terutamanya Puan Salmah Ahmad, ibu kepada Norshafarahani bt Alias(gambar diatas) atau pangilan mesranya Syera.

Kehilangan Syera yang juga pelajar Politeknik Kulim tidak diketahui puncanya namun berkemungkinan disebabkan terasa hati apabila En. Alias, bapa kepada Syera menanyakan tentang wang pinjaman PTPTN yang berkurangan tanpa sebab yang munasabah. Pesanan terakhir yang ditinggalkan kepada sahabat baiknya yang juga pelajar Polteknik Kulim " Terima Kasih kerana pernah menjadi sahabat" dan selepas itu beliau tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Ramadhan yang menuju ke penghujungnya semakin hambar dirasakan keluarga En Alias. Ramadhan tanpa ditemani anak tersayang amat memilukan apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma. Semoga para pembaca ataupun blogger dapat menyebarkan berita ini agar sama-sama kita membantu menemukan gadis ini kepada keluarganya.



En Alias Othman dapat dihubungi di talian 016-4833539 atau dialamat 257, Mukim 5 Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

(kadang-kadang tidak bercermin mata)

Al-Banjari Online

Saturday, September 12, 2009

Mampukah UMNO kekalkan kerusi Bagan Pinang?

Tahun 2009 wajar diisitihar sebagai tahun pilihanraya kecil. Apa tidaknya, bermula dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu (Januari, 2009), kemudian 3 pilihanraya kecil serentak di Parlimen Bukit Gantang (Perak) dan DUN Bukit Selambau dan DUN batang Ai pada bulan April, 2009,

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/baganpinang.jpgDUN Penanti (bulan Mei, 2009), Manek Urai (Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009).ika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak campor tangan dan menghalang pilihanraya kecil 3 DUN di Perak Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. maka jumlah pilihanraya kecil sudah pasti bertambah.

Sungguhpun begitu. dalam keadaan SPR cuba untuk mengelak diadakan pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh di Kedah, takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Pada mesyuarat yang di jadualkan Isnin, 14hb. September. (Gambar - pantai tenang Bagan Pinang akan bergelora tidak lama lagi)

SPR hanya mampu menentukan tarikh pilihanraya DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari sahaja akibat kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor baru-baru ini

Pilihanraya kecil yang ke-9 selepas pilihanraya umum ke-12 cukup menarik. Kenapa dikatakan menarik kerana inilah kali pertama diadakan di kawasan Selatan Semenanjong yang menjadi kubu kuat UMNO yang sukar ditembusi sebelum ini.

Tambahan pula ianya diadakan di Negeri Sembilan yang mana majoriti BN pada kali ini tidaklah sekukuh sebelum PRU ke-12 sebelum ini.
Perbezaan antara BN dan PR hanya 6 kerusi sahaja, yakni di mana BN ada 21 kerusi dan PR pula 15 kerusi.

Jika dilihat secara terperinci pada pilihanraya kecil di Semenanjong sebelum ini, PR berjaya mempertahankan semua kerusi yang disandang mereka sebelum ini (Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir disamping merampas kerusi Kuala Terengganu dari tangan UMNO dan BN.

Kerusi Bagan Pinang ini adalah milik UMNO dan BN di mana mereka menang dengan majoriti 2,333 undi keatas calon PAS. Calon UMNO Azman Mohd Nor mendapat 6430 berbanding dengan calon PAS, Hj Ramli Ismail mendapat 4097.

Berbanding dengan pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004, calon PAS dalam pilihanraya umum ke-12 berjaya mengurangkan majoriti BN sebanyak hampir 50 %, yakni dari majority undi 4411 kepada 2,333 sahaja dimana PAS Berjaya meningkatkan undi dari 1,556 kepada 4,097.

UMNO terselamat di DUN Bagan Pinang ini dalam pilihanraya yang lepas kerana undi pos berjuimlah lebih 5,000 pengundi. Jika tidak ada undi pos, calon UMNO agak sukar untuk mempertahankan kerusi ini kerana peningkatan PAS begitu mendadak.

Malah jika PAS berjaya mengekalkan prestasi undi yang didapati dalam pilihanraya yang lepas, dan UMNO tersilap dalam percaturan pemilihan calon seperti di Kuala Terengganu sebelum ini, tidak mustahil kerusi ini akan bertukar tangan kepada pihak lawan.

Disebabkan tergugat dengan perkembangan semasa politik yang tidak memihak kepada UMNO dan BN sekarang ini, nama Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Naib Presiden UMNO yang baru dibebaskan penggantungan dari kesalahan politik wang cuba ditonjolkan semula sebagai calon UMNO dalam pilihanraya kecil ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Mohamad Hassan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri awal-awal lagi menyerahkan kepada UMNO Telok Kemang mencadangkan calon yang sesuai bagi pilihanraya kecil kali ini.

Jika Isa samad tidak bertandinmg kali ini, pihak-pihak tertentu dalam UMNO Telok Kemang mencadangkan anaknya yang bernama Najib yang menjadi aktivis pemuda di calonkan kerana mereka bimbang untuk kehilangan pengaruh Isa Samad dalam pilihanraay kecil ini.

Manakala PAS dan Pakatan Rakya pula dilihat begitu ghairah untuk membuat kejutan sekali lagi dalam pilihanraya kecil ini. Jika PAS berjaya mengurangkan majoriti dalam pilihanraya kecil ini sudah cukup untuk membnerikan pukulan maut kepada UMNO dan BN.

Calon yang disebut-sebut dari kalangan PAS pula adalah Zulkifli Mohd Omar, Pesuruhjaya Negeri Sembilan sendiri selain dari calon DUN berkenaan dalam pilihanraya umum yang lepas, Ramli Ismail yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang. Seorang lagi muka baru dikalangan ank tempatan juga terdapat dalam senarai yang dipertimbangkan sebagai calon di DUN berkenaan.

Difahamkan PAS Pusat sedang mencari calon terbaik untuk berhadapan dengan UMNO dalam pilihanraya kecil ini. Keadaan ini menjadikan jentera UMNO dan BN Negeri Sembilan begitu tertekan untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang ini apatah lagi dalam keadaan parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC serta PPP sedang bergolak.

Anwar Ibrahim pula awal-awal lagi mensasarkan PR akan memenangi kerusi Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil ini sebagaimana kerusi-kerusi lain dalam pilihanraya kecil di Semenanjong sebelum ini.

Sudah tentu mereka tidak dapat banyak membantu memberikan undi India dan Cina yang menjadi pennetu di sini kepada UMNO dalam keadaan UMNO juga turut terlibat dalam mendalangi kekecohan dan demonsterasi membantah pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23, Shah Alam baru-baru ini.

Sekarang ini, UMNO dan BN terpaksa bergantung kepada undi pos dikalangan tentera bagi mementukan survival mereka di DUN Bagan Pinang ini. Jika pengundi pos tentera memprotes kepada calon UMNO bermakna harapan untuk BN mengekalkan kerusi ini adalah amat tipis sekali.

Ramai pemerhati politik menjangkakan, jika UMNO dan BN tewas pada kerusi ini bermakna harapan kerajaan Najib Tun Razak untuk terus memerintah selepas pilihanraya umum ke-13 adalah ibarat telor di hujung tanduk.

Malah saya diberitahu, jika UMNO dan BN tewas dalam pilihnraya kecil ini, parti-parti komponen BN terutama dari Sabah dan Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan lain-lain mungkin akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam Barisan Nasional.

Sejauhmana kerajaan UMNO dan BN mampu bertahan selepas ini bergantung kepada kemampuan meraka mempertahankan kerusi ini. Jika mereka menang dengan majori yang meningkat secara mendadak, maka hayat mereka akan dapat bertahan seketika. Tetapi jika majoritinya berkurangan apatah lagi UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya kecil ini, maka UMNO juga dijangka tumbang dua tahun lagi selepas 54 tahun memerintah sebagaimana LDP di Jepun baru-baru ini dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.Buletinonline

Friday, September 11, 2009

ALBAQARAH: ALAHAI SANG LEMBU




(Sang Lembu merenung masa depannya yang terjamin keselamatannya dalam negeri Selangor Darul ... dengan kawalan rapi anggota keselamatan lengkap bersenjata)
Salam 2 all.
Surah yang pertama selepas Ummul Kitab Al Fatihah dikenali sebagai Surah Al Baqarah-iaitu Surah Lembu. Diceritakan bagaimana sepeninggalan Nabi Musa as menerima wahyu di Bukit Tursina, pengikutnya Bani Israel telah menjadikan anak lembu sebagai bahan sembahan setelah diperdaya oleh Samiri. ALLAH melaknat Bani Israel dan memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu, sebagai bukti keikhlasan mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan sembahan tersebut. Bani Israel akhirnya menyembelih seekor lembu sebagaimana yang diperintahkan ALLAH.
Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikn kategori manusia kepada 3 golongan. Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.
Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.
Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!
Hari ini, 12 orang Muslim diheret ke Mahkamah Shah Alam, atas tuduhan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan atas tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan sengaja melukakan perasaan penganut Hindu". Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.

Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis. Mereka ialah Jainudin Md Yusuff, Mohd Jurit Ramli, Mohammad Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Md Harun and Azhari Shaari. Kes mereka semua akan disebut semula 21.10.2009 depan. Ternyata mereka datang daripada kesemua parti politik orang Melayu Islam - 4 ahli PAS, 1 orang ahli PKR dan dan 7 ahli UMNo. Ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah.

Episod kepala lembu ini menunjukkan betapa bangsa Melayu hari ini begitu mudah diperlembukan. Baik yang berkopiah, mahupun yang bersongkok. Samada yang berserban, mahupun yang bersampin. Demi kerana sebiji kepala lembu, bangsa Melayu memekik takbir mempertahankan hak lembu sehingga ketitisan darah lembu yang terakhir, mempertahankannya daripada ancaman keris-keris durjana.
Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan melampau para demonstran yang membawa kepala lembu dan memijaknya kerana membantah tindakan kerajaan Selangor mengarahkan pembinaan kuil besar di Seksyen 23 Shah Alam. Itu tindakan yang tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al Quran. Walaupun ada yang menyatakan tujuan membawa kepala lembu itu adalah untuk menunjukkan betapa bodoh MB dan beberapa pemimpin Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor, yang bertindak saperti lembu yang diperbodohkan, namun persepsi yang timbul jelas membawa kepada kemelut penghinaan kepada penganut agama Hindu yang mempertuhankan dan mempersucikan haiwan lambu ini.
Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan segelintir daripada mereka yang menghadiri dialog dengan Menteri Besar, yang menjerit-jerit saperti dirasuk syaitan kehaiwanan, mengugut dan memaki hamun tanpa adab dan batasan. Tindakan tegas dan keras mesti diambil terhadap mereka, termasuk yang mengeluarkan kenyataan menghina azan dan Islam.
Ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita. Mengapa tidak diambil jalan lain, contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor tersebut. Ada ramai peguam yang saya kira bersedia memberi khidmat untuk tujuan tersebut. Namun apa yang lebih penting, episod lembu ini telah diputarbelitkan dan digembar-gemburkan oleh banyak pihak termasuk dikalangan Pak Janggut dan Pak Keris sehingga isu sebenar pencerobohan tanah di Seksyen 23 untuk tujuan menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

Dimana suara-suara Pak Janggut dan Pak Keris ini apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis. Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya. Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau. Mengapa Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap Jeff Ooi. Mengapa Jeff Ooi tidak dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan, mahupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan?

Mana dia suara para pejuang serban melilit dan Pak Janggut & Pak Keris, apabila dalam kes hukuman rotan terhadap Kartika Sri Dewi Syukarno, Majlis Peguam dengan angkuh memperlekeh hukum sebat bagi peminum arak beragama Islam. Kenyataan biadap Majlis Peguam, menghina hukum syara' dengan menyatakan hukuman sebat ini sebagai tidak berpeikemanusiaan dan zalim. Undang-undang Islam disamakan dengan hukuman barbarik. Tetapi Pak Serban dan Pak Janggut diam seribu bahasa.

Yang dihingar-bingarkan sikap kasar umat Islam semada dialog dengan MB Selangor pada Sabtu 15 Ramadhan 1430/ 05 Sept 2009. Yang diperbesarkan kata-kata kesat dan biadap orang Melayu dalam dialog itu. Tetapi kenyataan wakil Hindu semasa dialog tersebut menghina azan dengan biadap menyatakan azan lima kali sehari adalah satu gangguan langsung tidak dipedulikan, malah tiada tindakan pun dikenakan. Mana pergi suara Pak Janggut dalam hal ini saya pun tak tahu! Apa tindakan Peguam Negara langsung tidak kedengaran!

Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka. Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil. Si Pak Janggut lupa awal-awal surah Al Quran ALLAH menceritakan tentang penyembelihan terhadap lembu yang menjadi sembahan manusia kufur.

Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah. Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita. Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa!

Apa yang menghairankan, ,mengapa pulak umat Islam yang disuruh bertolak ansur. Mengapa langsung tiada suara dari Pak Janggut menasihatkan kaum Hindu supaya bertolak ansur. Seksyen 23 ada 337 keluarga, tidak sampai 40 beragama Hindu. Mengapa mereka tidak boleh bertolak ansur. Bukan kita menghalang mereka ber'ibadat. Masih banyak lagi kuil dan tempat 'ibadat yang mereka punyai.
Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!). Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka! Malahan tuhan patung hindu yang terbesar didunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor (ehsan daripada Kerajaan UMNo/ Be End dulu)! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!?

Semasa saudara kita umat Islam membeli rumah di Seksyen 23, langsung tiada dalam pelan akan dibina kuil Hindu yang besar disitu. Saya cukup yakin kalau umat Islam tahu akan dibina sebuah kuil Hindu dalam kawasan perumahan mereka, sudah pasti ianya akan mempengaruhi keuputusan mereka untuk melabur ratusan ribu membeli rumah disitu. Tidak ada umat Islam, jika diberi pilihan, mahu tinggal dikawasan yang ada kuil Hindu, tokong, gereja atau lain-lain, apatah lagi yang mega dan yang besar. Saya cukup yakin umat Islam Seksyen 23 memilih melabur ratusan ribu membeli rumah disitu kerana tiadanya kuil, tokong atau gereja besar disitu. Kalaulah mereka tahu akan dibina kuil hindu besar disitu, sudah tentu mereka tidak akan melabur ratusan ribu membeli rumah di Seksyen 23!
Tetap hari ini kelihatan seolah-olah umat Islam di Seksyen 23 tiada hak langsung untuk bersuara, untuk hidup dalam keadaan aman harmoni, berdasarkan status quo mereka. Seolah-olah umat Islam yang bersalah kerana tidak berlaku 'adil, tidak mahu bertolak ansur untuk sebuah kuil besar dibina dikawasan kediaman mereka walaupun dalam pelan asal tidak ada pun ujud cadangan tapak pembinaan kuil. Malahan bantahan umat Islam diperlekehkan, dituduh tidak beradab, dihina sebagai golongan pelampau. Yang diperagungkan ialah kepala lembu!
Apabila melihat gambar lembu diatas, saya dapat bayangkan betapa lembu tersebut berasa aman damai kerana walaupun seekor, tetapi keselamatannya dijamin oleh anggota keselamatan yang lengkap bersenjata. Renungan tajam dan syahdu sang lembu jelas menujukkan keyakinan akan masa depannya di dalam negeri Selangor Darul Ehsan ini. Betapa dalam negeri Selangor ini, bukan sahaja keselamatannya terjamin, dia boleh pergi kedai runcit untuk order arak satu tong, dan pasti akan ada ahli mesyuarat kerajaan negeri yang akan mempertahankannya. Malahan akan ada Pak Janggut yang akan membaca ayat Quran untuk menjamin keselamatannya!

Tapi bila melihat gambar dibawah, sedih kita melihat umat Islam digiring (entah ke digari) saperti lembu masuk ke kandang OKT! Itulah nasib umat Islam dalam negerinya sendiri. Lembu yang mereka maksudkan sebagai lambang kebodohan dan kelembuan seorang pemimpin, kini diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain. Dan akhirnya, mereka disumbat kekandang dan diperlembukan!

Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini. Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!! Atau apakah nanti umat Islam tidak dibenarkan lagi menyembelih lembu sebagai qurban di 'Eidul Adha, kerana khuatir menyentuh perasaan kaum Hindu?!

Apalah nasib umat Islam, diperlembukan oleh kaum sendiri! Pak Janggut memaki Pak Keris, Pak Keris menempelak Pak Janggut, tapi yang akhirnya menjadi mangsa ialah umat Islam yang kerdil di Seksyen 23, yang hanya mampu melihat Pak Janggut dan Pak Keris bertelagah dan bertikam sesama sendiri. Gajah sama gajah bertandukan, lembu jugak yang menang!
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
19 Ramadhan 1430 / 09 Sept 2009

Zulkifli Nordin adalam peguam yang banyak terlibat dalam membela anak-anak melayu yang dimurtadkan oleh hindu dan kristian.

Di antara kes-kes yang beliau terlibat langsung ialah kes Aisyah Bukhari dan Kartina Kamaruddin. Beliau juga merupakan salah seorang peguambela Dato Seri Anuar pada awal-awal kes "tilam" atau Tivoli Villa.

Dipetik dari sini

Thursday, September 10, 2009

Antara Dua Dialog

Saksikan antara dua dialog.

Yang satu dialog antara melayu dengan melayu, Islam dengan Islam. Dialog berjalan dengan keadaan huru hara, terjerit-jerit macam beruk kena belacan.

Adab adab bedialog entah ke mana. Sangat jauh dari adab budaya Melayu yang bersopan santun, lemah lembut dan berbudi bahsa.

Tapi lain yang diajar oleh tok nenek kita lain pula yang ditunjukkan oleh sigembala kepala lembu ini.



Dan saksikan dialog ini pula. Dialog ini bukan di antara melayu dengan melayu dan Islam dengan Islam tapi dialog di antara Islam dan Kristian. (Ada 10 part)



Dan natijahnya



Tapi kalau orang Islam sendiri menunjukkan sifat yang tak senonoh, bagaimana orang bukan Islam nak terima Islam??

Najib bertanding di Bagan Pinang?

Mohd Najib Isa - anak kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad - adalah antara nama yang kini disebut-sebut dicalonkan mewakili BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Pilihan itu dibuat kemungkinan kerana beliau mampu menarik sokongan pengundi terutama anak muda di kawasan tersebut dan juga menumpang tuah bapanya yang cukup berpengaruh di Teluk Kemang.

Isa yang juga bekas naib presiden Umno adalah ketua Umno bahagian di Teluk Kemang dan Najib adalah ahli jawatankuasa bahagian merangkap naib ketua Pemuda bahagian.

Sebelum ini, nama Isa juga disebut-sebut mungkin dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil itu kerana mempunyai ramai saudara mara di Bagan Pinang.

Sekiranya Mohd Najib (kanan sekali) dipilih, ia juga secara tidak langsung boleh memberi kemenangan kepada anaknya untuk mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.

Azman yang juga bekas naib ketua bahagian itu, meninggal dunia Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Selain Isa dan Najib yang disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding di kerusi tersebut, ada beberapa calon lagi, yang akan dipertimbangkan untuk menjadi calon.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha bahagian Mansor Ibrahim berkata terdapat tujuh atau lapan ahli jawatankuasa bahagian yang disenaraikan untuk pertimbangan bahagian untuk dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Bahagian itu akan bermesyuarat untuk membincangkan pemilihan calon dan persiapan jentera pilihan raya BN, di Kelab Golf Port Dickson jam 5 petang ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Umno Negeri Sembilan menyenaraikan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu penting untuk membolehkan pucuk pimpinan parti membuat penilaian dengan lebih objektif.

"Saya belum terima apa-apa lagi jadi saya tak boleh nak andaikan apa nama atau siapa yang nak dikemukakan, tapi peringkat kepimpinan tertinggi termasuk Perdana Menteri dan saya mengharapkan beberapa nama dikemukakan," katanya.

Manakala Pesuruhjaya PAS, Zulkefly Mohamad Omar pula adalah antara tiga pemimpin PAS yang diura-urakan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dua lagi nama ialah bekas pesuruhjaya PAS negeri, Dr Rosli Yaakob dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Wednesday, September 9, 2009

Sekarang baru ku tahu

Sekarang baru ku tahu..


Jika selama ini
aku selalu condemn Kerajaan Selangor
aku selalu condemn pemimpin kerajaan Selangor
aku mendakwa mereka tak mahir urus negeri
terlalu banyak kelemahan
wakil rakyat yang entah hapa-hapa
ada yang bercakar sesama sendiri
pembahagian zakat yang tidak telus
wakil bulan berpecah
semuanya aku kutuk
sama ada wakil dari bulan, mata atau roket



tapi
semenjak kerajaan negeri ini
diserang bertubi-tubi
oleh bala tentera separa Mongolia
berbagai isu dibangkitkan
isu perobohan kuil
isu UiTM untuk kaum lain
isu rasuah lembu MB
isu wakil rakyat diserbu SPRM
isu kematian Teoh Beng Hock
isu penjualan arak
isu Datuk Nazak mahu rampas Selagor
terbaru isu kuil di Shah Alam
dan kepala lembu berdarah
dan juga 2 Khalid dimaki hamun


isu-isu ini telah berjaya membuatkan
aku menjadi simpati terhadap kerajaan Selangor
sokongan aku menjadi padu
rasa meluat aku hilang
dan aku makin bertambah simpati
apabila pemimpin negeri dimaki hamun
pada tanggal 5 haribulan
majlis dialog bertukar
menjadi majlis dalam hutan


kutahu
ia provokasi dari puak kepala lembu
bilangan mereka sedikit
lebih ramai yang diam dan memerhati
dari yang terpekik terlolong
umpama orang dirasuk hantu


sekarang baru ku tahu
rupa-rupanya anak Samad seorang yang macho
walaupun dia dituduh liberal
walaupun dia dicop sebagai perosak
walaupun dia dilabel sebagai Erdogan
aku kagumi dia
kesabaran dia
jikalau aku berada di tempatnya
nescaya pasti akan ada yang patah leher
dia berani berdepan dengan risiko
walaupun tahu undi yang dia akan dapat
pada PRU-13 mungkin merosot
aku salute sama dia


Juga baru aku tahu
anak Ibrahim adalah gentleman
walaupun dia banyak kekurangan
dan juga kepincangan
masih membela puak-puak UMNO
yang diimport dari Guthrie
tapi dia jenis tak kecut perut
dulu aku gelar dia
sebagai MB gemuk dan gagap
tapi
segemuk-gemuk Khalid
segagap-gagap Khalid
dia ada telor
dia setenang anak Samad
berhadapan dengan provokasi
makhluk yang tidak beradab


sekarang baru ku tahu
mereka fikirkan penduduk
dengan menganjurkan dialog
berharapan dapat berbincang dengan elok


jika yang berada ditempat anak Samad itu
adalah dari spesis yang berserban dan syok sendiri
jika yang berada ditempat anak Ibrahim itu
adalah seorang abang kepada bapuk
tak tahulah jadinya
baru ku tahu...

Refomis Jalanan

Niat hadirin majlis dialog untuk cemar imej kerajaan Pakatan

Oleh DR MUHAMMAD NUR MANUTY

Kekecohan yang dilakukan oleh beberapa individu yang bertindak agresif di majlis dialog mencari jalan penyelesaian isu pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam amat mendukacitakan.
Sekali lagi, ia dilakukan oleh kelompok yang sama dengan dalam demonstrasi kepala lembu yang lalu. Ia juga dilakukan di bulan Ramadhan Al-Kareem ini yang seharusnya menjadi medan tarbiyyah dan latihan untuk kita bersabar dan bijaksana dalam menyelesaikan segala kekusutan.


Kesempatan beristiqamah membaca Al-Quran pasti mengingatkan kita dengan peringatan dari Allah dalam surahNya, yang bermaksud:

Janganlah kamu berbantah-bantah nanti kamu lemah (kalah) serta hilang kekuatanmu dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar”. (Al-Anfal (8):46).

“ Dan orang-orang yang menyambut perintah Tuhannya, serta mereka mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.. “ (Surah As-Syura (42): 38)


Gelagat agresif, provokatif dan minda tertutup yang dipamirkan menggambarkan wujudnya ciri-ciri yang berikut:
  • Sememangnya telah ditanam prasangka buruk (su’ al-zann) lebih awal sebelum dari sesi dialog bermula.
  • Niat mereka menghadirinya bukan untuk mencari penyelesaian. Malah, berkemungkinan besar dengan niat buruk (mala fide) untuk mencemar imej Kerajaan Pakatan Rakyat dan kepimpinan Menteri Besarnya demi tujuan tersirat tertentu pada jangka panjang.
Nyata sekali, sikap Menteri Dalam Negeri yang mempertahankan tindakan mereka, menjadikan mereka lebih ‘besar kepala’ bagaikan ‘kaduk naik junjung.’

Apatah lagi, tindakan mereka yang disokong pula oleh Perdana Menteri sendiri kemudiannya - yang mendakwa bahawa kerajaan Pakatan telah mulai hilang kepercayaan rakyat.

(Apakah pula komen Dato' Seri Najib dengan keberanian lebih 20,000 rakyat yang berdemonstrasi secara beradab menyuarakan pandangan mereka dalam ISA baru-baru ini? ).

Kesediaan pihak Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk mengadakan dialog seharusnya mendapat penghargaan sewajarnya. Jelaslah, ia dilakukan dengan niat murni untuk menyelesaikan konflik secara berlapang dada dan bertamadun.

Pihak Menteri Besar boleh memilih untuk tidak menghadirinya dan meminta pihak lain sebagai ganti. Mungkin tanggungjawab tersebut lebih sesuai ditangani oleh pihak Mufti Kerajaan Negeri dan Datuk Bandaraya Shah Alam sendiri.

Maka, sewajarnyalah peluang seperti ini diambil kesempatan sebaiknya oleh mereka yang tidak puas hati. Prinsip mencari penyelesaian konflik orang Melayu adalah ‘bagaikan menarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.’

Malangnya, ini tidak berlaku. Anehnya, kekecohan dilakukan oleh mereka yang mendakwa diri layak menjadi ‘TUAN’ kepada orang lain berasaskan konsep ‘Ketuanan Melayu’ yang mereka perjuangkan.

Bolehkah mereka nanti menjadi adil dan bijaksana andai diamanahkan tanggungjawab lebih besar memimpin negara di masa depan? Apakah mereka sendiri sudah lupa dengan Kempen Budi Bahasa, penghayatan Rukun Negara dan Wawasan 2020 yang dilagangkan begitu gah selama ini?

Satu hal lagi, kita tidak pula kedengaran pandangan para mufti dan pemuka agama negara - yang lazim dan aktif memberikan fatwa selama ini - dalam isu demonstrasi kepala lembu ini. Di manakah keadilan kalian? Wallahu a’lam.

-----
DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama


Nik Aziz: Terima kasihlah saya tidak minat

Dalam hati aku getik, meluat, menyampah dengan perangai puak-puak Umeno yang tak habis-habis mengambil kesempatan.

Nie pulak sekali lagi nak ajak "bebincang" kununnya. Masakan orang tak tahu isi perut deme... sekilas ikan di laut kami dah tahu jantan betinanya.

Dah 52 tahun kome asyik menipu rakyat... kami dah masak dengan perangai kome.

Teringat cerita rakyat, mase kekecik dulu.. Gembala Kambing Dengan Serigala....!!! Mampuslah Umeno kami dah tak pecaya!!

Betul kata Tok Guru, itu hanya "umpan" prk Bagan Pinanag.

Sebelum keadaan menjadi haru biru Tok Guru dah pancung siap-siap. Padan muka kome!!

Oleh Mohd Zuharman

Sebagaimana dijangka, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikapnya, tidak sedia berbincang dengan Umno.Bagi beliau, ia isu lama dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

PAS, katanya, tetap dengan prinsipnya tidak akan bersetuju untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi parti itu tetap dengan apa yang ada padanya sekarang.

Kenyataan itu ditegaskan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya petang ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Najib menyuarakan hasrat tersebut di dalam ucapannya pada satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai petang semalam.

Pada majlis yang sama Najib turut mengumumkan kerajaan pusat telah meluluskan projek pembangunan kawasan Manek Urai sebanyak RM8.9 juta sebagai menepati janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lepas.

Antara projek yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Manek Urai sampai sekarang ialah janji Barisan Nasional akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

Namun Nik Aziz, masih meragui keikhlasan Umno. Baginya, sekiranya Umno benar-benar ingin jaga Islam lebih baik Umno terus bertindak menukar dasar partinya supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat.

Bagaimanapun beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat menyediakan peruntukan pembangunan bagi Dun Manek Urai, dan berharap peruntukan itu akan terus dikesinambungkan kerana ia memang menjadi tanggungjawabnya.

Di Kuala Lumpur, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyifatkan tawaran Najib untuk sekian kalinya kerana Umno sekarang sedang tersepit.

Umno perlukan PAS untuk menyokongnya selepas terperangkap dalam isu perkauman yang diciptanya sendiri, kata Salahudin. Detikdaily

Monday, September 7, 2009

Sultan Selangor Restui Tindakan Hassan Ali

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.

Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.

Dr Hassan yang ditemui TVSelangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.

Beliau berkata, penjelasan tersebut meliputi larangan penjualan arak kepada masyarakat Islam dan penguatkuasaan yang harus dilakukan oleh pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.

“ Soal arak tentang penguatkuasaan itu di mana pegawai masjid, ini ditimbulkan dan untuk saya melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan.

“Alhamdulilah baginda sangat faham apa yang berlaku dan sebab itu saya rasa hal ini bukan menjadi persoalan dan tidak menjadi masalah, cuma kita perlu mengupgrade dan meningkatkan mutu darjah pembangunan agama negeri Selangor,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.

“Apa yang dilaporkan oleh akhbar bukan itu kedudukannya, saya yang meminta ehsan tuanku untuk mengadap baginda, dan baginda menetapkan semalam sebagai tarikh untuk saya mengadap, sebagai exco kerajaan negeri Selangor berbagai-bagai perkara yang di laporkan sebagai rutin melaporkan kepada sultan tentang kemajuan dan masalah dihadapi untuk melonjakan Islam di negeri Selangor ini,” katanya.

Dr Hassan ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid Al-Munawarah, Shah Alam, petang tadi.

Katanya, banyak perkara tentang perkembangan agama Islam dimaklumkan kepada Baginda, meliputi pendidikan, dakwah, masjid, surau, zakat dan pentadbiran mahkamah syariah di Selangor.

Beliau turut melaporkan tentang lawatannya ke Timur Tengah untuk bertemu pelajar bagi meningkatkan kemajuan pelajar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sana.

“Kami melawat Syria, Mesir dan Jordan bertemu para pelajar, ini juga perlu diberitahu kepada tuanku, tentang keperluan-keperluan kepada pelajar, langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kemajuan kepada pelajar, dari segi akedemik, kehidupan, sahsiah peribadi dan sebagainya kerana sebahagian besar dari pelajar tersebut menerima bantuan terus daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.

Dato Dr Hassan Ali Ahli EXCO Negeri Selangor mengadap Sultan, bukan dipanggil mengadap seperti yang digembar gemburkan oleh akhbar-akhbar UBN.

"Surat Kabar Lama" tu kalau tak menipu tak sah!!

PRU ke-13, 'sayonara' buat BN?

PEMIMPIN-pemimpin Barisan Nasional, khususnya dari Umno pada waktu ini sedang dibelengu keresahan, khususnya apabila menanti saat-saat getir bakal kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Keresahan itu wujud apabila mereka mula melihat satu demi satu parti yang terlalu dominan dalam politik yang menerajui negara, tumbang dalam pilihan raya, ditewaskan pakatan pembangkang.

Terbaru di Jepun, nasib malang menimpa Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Perdana Menteri, Taro Aso yang berkuasa lebih 54 tahun, kalah kepada Parti Demokratik Jepun (DPJ) yang dipimpin oleh Yukio Hatoyama.

Daripada 480 kerusi di Dewan Rendah Parlimen, rakyat Jepun yang terbelengu dengan kuasa LDP mengucapkan 'sayonara' kepada parti tersebut dengan memberikan kemenangan besar kepada DPJ dengan 308 kerusi dari 112 kerusi dalam pilihan raya sebelum ini.

Manakala LDP yang menguasai kerajaan dengan 300 kerusi sebelum ini, hanya memenangi 119 kerusi. Sementara parti New Komeito memperolehi 21 kerusi, Parti Komunis Jepun 9 kerusi, Parti Sosial Demokrat 7 kerusi dan lain-lain memenangi 16 kerusi.

Nasib LDP di Jepun sesuai untuk dijadikan perbandingan dengan BN, apabila kedua-dua parti ini mendominasi kuasa tunggal lebih 50 tahun dalam sebuah negara yang membangun.

Isu besar yang menumbangkan LDP ialah kegagalan kepimpinannya menguruskan ekonomi negara dengan betul, sehingga menyebabkan kadar inflasi dan pengangguran begitu teruk. Selain kedudukan matawang Yen yang semakin terjejas dan jumlah dagangan luar negara yang merosot.

Justeru apa kurangnya BN berbanding LDP? Mereka sama-sama diberi kepercayaan mendominasi pemerintahan negara, tetapi gagal menguruskan ekonomi negara dengan betul.

Jepun merupakan antara kiblat utama ekonomi Malaysia sejak zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad lagi. Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan, dasar 'Buy British Last' diuar-uarkan. Malahan kereta nasional pertama negara juga diadaptasi dan diambil teknologi daripada pengeluar Mitsubishi Jepun.

Barangkali dasar yang diperkenalkan tidak salah. Tetapi akibat erancangan tidak teliti dan perlaksanaan yang tidak dipantau sepenuhnya menyebabkan ia sering tersasar.

Persoalan yang dilontarkan rakyat sekarang ini ialah apakah salahlaku kerajaan Umno-BN dari sudut ekonomi yang memungkinkan mereka diturunkan daripada tampuk kuasa pada PRU ke 13 nanti?

Bijak sangatkah Umno-BN menguruskan ekonomi negeri dan negara? Jika kita melihat statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Negara, kita akan dapati bahawa kebanyakan negeri yang diterajui Umno-BN mempunyai beban hutang yang besar dengan Kerajaan Pusat.

Setiap tahun negeri-negeri yang diterajui BN mengalami defisit yang besar. Pendapatan negeri terlalu kecil berbanding perbelanjaan yang semakin besar.

Walaupun kebanyakan pemimpin Umno-BN yang menerajui kerajaan negeri berkelulusan tinggi dari universiti dalam dan luar negara dengan pengajian ilmu yang moden, tetapi prestasi mereka jauh lebih buruk daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berkelulusan Universiti al-Azhar dalam bidang agama.

Kedah misalnya sebelum diterajui Pakatan Rakyat, mempunyai hutang RM 2 billion. Terengganu dan Sabah, dua buah negeri pengeluar minyak, berada ditahap yang paling corot dan antara negeri termiskin dalam negara.

Di peringkat Pusat pula kerajaan Umno-BN nampaknya terus gagal menseimbangkan ekonomi negara. Tatkala dunia dilanda krisis ekonomi dan kemelesetan yang teruk, pemimpin-pemimpin Umno-BN yang terpahat diminda mereka 'sindrom nafi' tetap mengatakan ekonomi negara masih kukuh.

"Kita mempunyai fundamental yang kukuh, trade surplus kita juga tinggi," kata mereka.

Justeru jika ekonomi negara kukuh, mengapa kerajaan naikkan harga minyak? Mengapa harga barangan keperluan harian semakin meningkat? Mengapa kos projek pembinaan berlipatkali ganda?

Kerajaan boleh mengisytiharkan peruntukan projek mega seperti ECER, NCER, pembangunan Wilayah Iskandar dan sebagainya. Tetapi kesemua projek-projek ini berjalan dengan amat perlahan. Mengapa perlahan? Jawapan mudahnya, kerajaan tiada wang untuk membiayai projek.

Maka rakyat pula melontarkan persoalan, apakah projek-projek ini benar-benar diwujudkan untuk membangunkan negara atau untuk menampung dana politik kaum kerabat dan kroni pemimpin Umno-BN?

Rakyat amat bijak menilai. Sedang rakyat dijarah kesusahan dan kemiskinan, mereka melihat pemimpin-pemimpin Umno, muda-muda lagi sudah kaya raya. Hanya dengan jawatan Ketua Pemuda Bahagian, budak-budak Umno ini sudah mampu menggunakan kenderaan mewah seperti Mercedes Benz 'Mata Kacang' (dulu Mercedes Mata Belalang), BMW, Alphard dan sebagainya.

Malah budak-budak yang duduk dalam Umno ini hidup dalam serba kemewahan dan sering melancong ke luar negara. Trend yang sama melanda Pemuda dan Puteri Umno.

Kebanyakan mereka menyertai Umno, bukan seperti zaman Tun Abdul Razak Hussein atau Tun Ghafar Baba dahulu, yang benar-benar mengabdikan diri untuk memperjuangkan bangsa Melayu.

Generasi baru yang menyertai Umno melihat 'lombong emas' yang ada di depan mata. Jawatan dalam Umno menjanjikan kemewahan sama ada dalam bentuk rasuah politik wang ataupun projek-projek kerajaan.

Penyakit tamak kuasa dan harta ini juga yang melanda MCA, MIC Gerakan serta menular di Sabah dan Sarawak. Sama seperti 'sedekah' RM10 juta wang PKFZ kepada Ong Tee Keat, ianya adalah wang rakyat!

Mereka inilah sebenarnya perompak di siang hari, yang merompak harta kekayaan negara milik rakyat atas nama perjuangan nasionalisme Melayu, Cina ataupun India.

Bagaimana kerajaan hendak mempunyai dana atau kewangan yang mencukupi, bagaimana hendak ada ketelusan dalam pengurusan ekonomi negara, jika negara diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang begitu tamak haloba?

Maka sudah sampai masanya rakyat menjatuhkan hukuman terhadap BN yang terus mengkhianati amanah rakyat, dulu, kini dan selamanya.

Pada PRU ke 13 nanti mahkamah rakyat akan menghukum BN dan BN bakal menjejaki nasib yang sama seperti LDP di Jepun. Sayonara!_Harakahdaily

Kalah di Bagan Pinang bererti habislah riwayat Umno

TELOK KEMANG, 6 Sept: PAS yakin, jika calonnya berjaya mengalahkan calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini, Umno akan jatuh pra matang atau sebelum masa ia akan jatuh sebagaimana yang sepatutnya.

Sekurang-kurangnya inilah pandangan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Ini kerana, jika Umno kalah di kawasan yang dimenanginya dengan majoriti lebih 2,000 undi ini bermakna Umno benar-benar ditolak rakyat.

Husam menyertai para pemimpin kanan PAS Negeri Sembilan menziarahi jenazah Allahyarham Azman Mohd Nor, Adun Bagan Pinang yang meninggal Jumaat lepas. Antaranya Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefli Mohd Omar dan Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang yang juga calon PAS dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Ramli Ismai.

Husam bergegas dari Kuala Lumpur hanya berbuka di atas kereta sebelum terus ke tanah perkuburan Islam Bagan Pinang. Ketika beliau dan rombongannya sampai kira-kira jam 7.50 malam, jenazah Azman belum sampai lagi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan anaknya, Mohd Najib tiba selepas itu iaitu sejurus sebelum kereta jenazah tiba. Isa adalah Ketua Cawangan Umno di situ di samping Ketua Umno Bahagian itu.

Image(Gambar: Isa datang bersama anaknya, Mohd Najib (kanan sekali) ke tanah perkuburan Azman. Berita angin Isa sedang lobi agar anaknya itu menjadi calon tersebar luas).

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS kalah kepada Azman dengan 2,333 undi. Faktor utama kemenangan calon BN adalah kehadiran kira-kira 5,000 pengundi pos Tentera Darat di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,000 pengundi itu.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Dalam pilihan raya 2008, Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi berdaftar di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Jika Pakatan Rakyat mengekalkan persefahamannya, calon PAS akan diletakkan dalam pilihan raya kecil ini bagi mewakili mereka. Bagaimana, Ketua Angkatan Muda PKR Telok Kemang dalam kenyataannya menuntut agar kerusi itu ditandingi oleh PKR.

Bagan Pinang mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu empat majoriti India, empat kawasan Melayu dan campuran Cina serta undi pos.

Dalam pilihan raya lalu, PAS hanya menang di tiga daerah mengundi iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Ketiga-tiga kawasan itu adalah majoriti pengundi India.

PAS kalah paling teruk undi undi pos. Dari 5, 191 kertas undi yang dikeluarkan, PAS hanya mendapat 1,189 undi manakala calon BN 3,080 undi.

PAS paling banyak menang di Ladang Aterton di mana calon PAS menang dengan majoriti 84 undi.

Berdasarkan rekod pilihan raya kecil sebelum ini, PAS dijangka akan meningkatkan undinya di kalangan orang India. Tambahan lagi dengan apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini apabila sekumpulan penyokong Umno mengarakkan kepala lembu berdarah ke Pejabat MB Selangor.

Namun kebimbangan terhadap undi pos menjadi mimpi ngeri bagi PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri membangkitkan perkara ini.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau ketika ditemui semasa pertemuan dengan pemimpin PAS Perak di Ipoh.

Bagaimanapun sebagaimana kata Husam, adalah tidak mustahil untuk PAS menang dalam pilihan raya kecil ini dan jika PAS menang bererti nyawa Umno benar-benar di hujung tanduk.Harakahdaily

Jalan pintas UMNO raih sokongan?

Komposisi penduduk Tumpat di Kelantan menempatkan seramai 92.1% penduduk Islam, Cina 3.2%, India 0.5% dan lain-lain (Siam) 4.2%. Ia sebuah kawasan mutlak bermajoriti Melayu sebagaimana semua kawasan lain di Kelantan.

Tumpat adalah sebuah bandar kecil kira-kira 15 kilometer dari Kota Bharu. Tarikan utama bandar ini ialah beberapa kuil Buddha dan yang tersohor di antaranya ialah Wat Photivihan di Kampung Beruk. Di sini terdapat sebuah patung Buddha terbaring yang paling panjang di Asia Tenggara.

Tentu pelik bagi mereka yang belum pernah ke Tumpat. Patung Buddha terpanjang di Asia Tenggara terletak bukan di Thailand, bukan di Burma dan bukan di Kemboja tetapi di Tumpat sebuah bandar berpenduduk lebih dari 90% Islam, di negeri serambi Mekah!

Berdasarkan dari segi logik sekarang, tidak munasabah ia terbangun di sebuah kawasan Islam. Tetapi itulah hakikatnya. Malah di Tumpat, bukan sahaja wat itu yang wujud, terdapat beberapa yang lain seperti Wat Bang Takwa di Kampung Mentua, Wat Machimaram di Kampung Jubakar, Wat Maisuwankhiri di Bukit Tanah, Wat Phikulthong Vararam di Kampung Terbak, dan Wat Phikulya di Kampung Jubakar dan Wat Sukhontharam di Kampung Kubang Panjang.

Di Bachok, terletak juga di Kelantan, sebuah bandar di mana 98.4% penduduknya adalah Melayu/Islam seseorang boleh bingung melihat bagaimana boleh terbinanya dua buah kuil Buddha di situ. Dua kuil itu masing-masingnya dikenali sebagai Wat Pathumviarn di Kampung Balai dan Wat Ariya Khiri di Pauh Lima.

Bagaimana Bachok yang di dalamnya terdapat beberapa pusat pengajian pondok Islam dapat membenarkan wat-wat Buddha dibangunkan sungguhpun penduduk bukan Islamnya hanya 1.8% sahaja tentulah amat menakjubkan.

Itulah keindahan Islam yang terdapat di Kelantan. Sikap tolenransi terhadap agama lain adalah terlalu tinggi. Masyarakat bukan Melayu Kelantan amat menghormati agama Islam yang mempesonakan itu.

Sebenarnya, sikap toleransi Islam terhadap agama lain tidak hanya wujud di Kelantan. Ia terdapat di mana-mana di Malaysia. Kelantan disebut kerana ia adalah sebuah kawasan yang penduduk Islamnya bukan sahaja majoriti tetapi hampir mutlak seperti mana diwakili oleh Bachok tadi (98.4%).

Rakyat Malaysia memang sudah terkenal di seluruh dunia sebagai sekelompok manusia pelbagai kaum dan agama yang hidup secara aman damai. Pemimpin negara kita sering menonjolkan sifat ini kepada pembesar negara lain sebagai satu pencapaian kepimpinan terdahalu yang membanggakan.

Di Malaysia, pelbagai perayaan agama dirayakan bersama. Sebut sahaja apa kongsi perayaan semuanya kita bermegah dengannya. Inilah bahan promosi terbesar dilakukan oleh Kementerian Pelancongan. Para pelancong diangkut menghadiri majlis hari raya atau perayaan mana-mana agama jika kedatangan mereka bertembung dengan perayaan itu. Mereka berpeluang bersalam dengan peminpin kita. Negara kita aman.

Digambarkan di atas suasana harmoni yang wujud di Kelantan sebuah negeri bermajoriti orang Islam. Bagaimana pula situasinya di negeri di mana di beberapa kawasan bukan Islam berupa majoriti?

Pulau Pinang adalah satu dari negeri itu. Tanjong Tokong adalah sebuah petempatan terkenal. Namanya mengelirukan kerana ia seolah-olah sebuah kawasan bermajoriti orang Cina. Tidak, ia sebuah perkampungan Melayu. Terletak di tengah-tengah kampung itu sebuah berhala. Suasana di situ aman dan harmoni.

Di sebuah kawasan berhampiran, di Tanjung Bungah dan Teluk Bahang kita boleh melihat kuil, berhala dan masjid tegak bersebelahan di antara satu sama lain.

Begitu juga di Melaka. Beratus-ratus tahun penduduknya hidup aman damai. Pergilah ke Berhala Cheng Hoon Teng. Berjalanlah kira-kira 50 meter sahaja dan kalian akan menemui sebuah masjid dan kuil tegak berjiran. Malah tidak sampai 150 meter dari berhala itu terdapat sebuah lagi masjid. Kaum apakah yang berupa majoriti di sana? Jawabnya, Cina, 99%.

Semua ini menjadi saksi sikap toleransi rakyat Malaysia dan sikap bijak para pemimpin Malaysia yang orang Islam adalah nakhodanya. Suasana inilah yang mendorong berbondong-bondong para pelancong menziarahi Malaysia melihat simbol perdamaian di Malaysia yang ingin ditiru oleh dunia.

Rata-rata penduduk di semua kawasan disebut di atas dan ribuan kawasan lain di Malaysia yang gambarannya seumpama itu tidak pernah membantah atau menyebabkan kepayahan kepada penganut agama lain. Mereka saling hormat menghormati agama anutan jiran mereka.

Gambaran harmoni di antara pelbagai kaum di Malaysia ini adalah gambaran biasa di seluruh negara kita. Di kawasan bermajoriti Melayu/Islam, kaum dan penganut agama lain dilayan dengan baik dan diberi kebebasan menjalankan ibadat mereka. Ini adalah fakta dan fakta inilah yang sering menjadi kemegahan pemimpin kita.

Maka, apakah silapnya, ciri yang diamalkan beratus-ratus tahun itu dengan tiba-tiba menjadi berbeza? Apakah sudah tidak terdapat lagi sikap saling faham memahami dan toleransi sesama kita? Bolehkah kita kembali rasional?

Kita dikejutkan dengan peristiwa perarakan ‘kepala lembu’ membantah pembinaan sebuah kuil. Lebih malang lagi, sekumpulan orang Islam mengarak kepala lembu yang masih berdarah lagi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selepas solat itu, berlaku di bulan Ramadan.

Pada bulan mulia ini kita mencari kedamaian dan menginsafi penderitaan orang lain. Pada bulan ini kita tidak boleh bersifat angkuh dan bertindak ganas. Kita dikehendaki bersabar.

Tindakan sekumpulan orang yang dilahirkan Islam itu mencemarkan kesucian Islam. Kita perlu bertanya, apakah pekikan ‘Allahu Akbar’ yang dibuat sepanjang tunjuk perasaan itu adalah adil kepada agama kita. Bukankah tindakan seperti itu menyebabkan agama kita ditohmah? Mengapa bertindak mencemar kesucian agama kita? Sekarang agama kita diejek di dalam negeri dan di luar negeri.

Kita menjadi begitu marah apabila negara-negara majoriti Kristian tidak memberikan kita kekebasan untuk mengamal ajaran kita. Kita tunjuk perasaan di Masjid Negara. Kita berarak ke kedutaan negara itu apabila Islam dicemari.

Bukan kita tidak pernah membaca berita masjid kita di London dibakar. Wanita-wanita Islam yang memakai hijab dicemuh dan diludah adalah bukan perkara luar biasa berlaku di sesetengah tempat di Eropah. Di Amerika, di Michigan, mahkamah-mahkamah di sana diberi hak untuk memerintah wanita Islam menanggalkan hijab.

Banyak permohonan umat Islam yang agak ramai tetapi masih menjadi minoriti di kawasan-kawasan perbandaran di bandar-bandar besar di Eropah untuk mendirikan masjid atau menukar status bangunan yang mereka beli untuk dijadikan masjid ditolak, seperti mana juga segelintir masyarakat di Shah Alam menolak hasrat orang Hindu itu atas alasan serupa.

Kita membantah keras sikap tiada toleransi ditunjuk oleh masyarakat Eropah, Amerika dan di mana sahaja yang tidak membenarkan saudara segama kita mendirikan masjid, tetapi kita lupa kita juga bersikap hampir sama di negara kita bila berdepan dengan hak orang bukan Islam.

Sikap yang kita tunjukkan di Shah Alam itu amat berbeza dengan sikap yang kita dan orang sebelum kita amalkan. Mereka amat bertolerans tetapi kita mengambil langkah berundur.

Kenapakah hak kurang satu peratus penduduk bergama Buddha mendirikan wat mereka di Bachok itu kita izinkan sedangkan peratusan penduduk bukan Islam di tempat lain yang jauh lebih tinggi itu untuk mendiri rumah ibadat mereka kita tolak?

Maka, terdapat segolongan orang Islam sendiri berasa bantahan yang dibuat itu bukanlah timbul dari hati murni untuk mempertahankan martabat agama. Martabat sesuatu agama tidak boleh diukur dengan banyaknya masjid atau besarnya dan cantiknya masjid tetap tahap keimanan dan budi pekerti serta kemajuan yang dicapai oleh penganutnya dan pandangan tinggi diberikan oleh penganut agama lain sehinggakan ada di antara mereka tertarik untuk memeluk agama itu.

Lahirlah teori-tori bahawa bantahan itu didorong oleh segelintir manusia Islam yang sudah kehilangan kuasa lalu menjadikan agama ini sebagai alat untuk memulihkan kuasa mereka.

Seorang pensyarah jabatan anthropologi dan sains sosial Universiti Malaya merumuskan terdapat satu usaha teratur dibuat oleh pihak tadi dengan bantuan media milik parti dan NGO-NGO tertentu menyemarakkan api perkauman yang sensistif kepada orang Melayu dan Islam.

Pensyarah itu menyenaraikan akhbar-akhbar harian tertentu. Tindakan bermula dengan tuduhan kepada Theresa Kok berkaitan isu ‘azan’ tuduhan ke atas Ronnie Liu yang dikatakan ada kaitan dengan samseng dan pelacuran, dan tindakan kerajaan Selangor membelakang orang Islam.

Mengikut pensyarah itu, semua ini dibangkitkan oleh pihak itu dengan tujuan orang lslam menjadi marah kepada Pas dan PKR yang dituduh tidak berkesan dalam kerajaan Pakatan Rakyat dan membenarkan parti jadi tunggangan DAP.

Semuanya ini terarah agar orang Melayu kembali menyokong UMNO tanpa perlu UMNO terlebih dahulu membuktikan bahawa parti itu sudah kembali ke matlamat asal ia ditubuh baik seperti mana tuntutan rakyat yang dirakamkan pada 8 Mac 2008 dulu. Mereka hanya mencari jalan pintas mendapatkan kembali sokongan Melayu.

Arahan Menteri Dalam Negeri agar polis bertindak keras terhadap mereka yang berarak pada petang Jumaat di bulan puasa itu adalah sesuatu yang memberi sedikit keyakinan bahawa sesuatu masih ada harapan bagi rakyat negara ini yang terdiri dari pelbagai agama dan kebudayaan. S.H. detikdaily

Anwar Palu Gendang Perang menggempur Bagan Pinang.

Selepas Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kedudukannya dalam 8 dari 9 pilihanraya kecil pasca pru12 lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membunyikan gendang perang menandakan bermulanya kempen menggempur Bagan Pinang.